nuffnang

Sabtu, 5 Jun 2010

ROMBONGAN KE KAPAL BATIK DAN KARANG 250

Oleh : Mohd Sayuti

Lebih kurang sebulan perancangan dibuat, trip memancing ini telah diatur pada 3/6/2010 hingga 5/6/2010. Trip dirancang untuk perjalanan ke Kapal Batik, Kapal TV, Karang 250, Tukun Azizan dan Kapal 33.
Sebanyak 8 orang pemancing untuk perjalanan kali ini dan anggota yang dipilih ialah Bidin, Gie, Alias MADA, Pak Long Bri, Zan Emas, Jat Emas, MatSayuti dan Aimy MARA. Saudara Ali (aleey61 ) terpaksa menarik diri kerana keuzuran ibunya.
Seminggu sebelum bergerak tekong memberitahu perjalanan dipercepatkan ketarikh 2/6/2010 pada pukul 12.00 malam dan pulang pada 5/6/2010 pada pukul 8.00 pagi. Apabila diberitahu semua anggota bersetuju dan kami bergerak bersama Tekong Usup Jarum Mas di Jeti IKLM Kuala Sala.
Perjalanan dari jeti Kuala Sala memakan masa hampir 4 jam dan lokasi pertama ialah Kapal Batik, hasil yang diperolehi menggalakkan, kemudian kami berpindah ke Karang 250 dan memakan masa hampir 2 jam. Di padang ini hanya seekor gelama yang di perolehi dan kami berpindah ke Kapal TV. Lokasi ini memberi 4 ekor Pelotan dan seekor Tetanda.
Pada pukul 10 malam 3/6/2010 kami bergerak ke Kapal Batik dan mencari hasil di padang ini hingga pukul 2 petang 4/6/2010. Sepatutnya kami bergerak balik pada 5/6/2010 tetapi terpaksa bergerak pulang awal ke Jeti Kuala Sala pada 4/4/2010 disebabkan bekalan ais yang dibawa tidak mencukupi dan tong ikan telah penuh semuanya. Tiada ada gambar diambil semasa kami memancing kerana semua pemancing tidak mahu membuang masa mengambil gambar kerana sibuk melayan tenggiri yang tak henti-henti membaham umpan yang dicasting. Antara gambar yang dapat diambil setelah tiba di rumah adalah sepertimana berikut untuk tatapan anda semua ............................






37 ulasan:

  1. Alhamdulillah..lumayan gak hasilnya ali...ntah buila la aku bleh jumpa hang n g ngail sama...

    BalasPadam
  2. Aleey, apa kabar. Barra sini. Mancing lagi noo? Sakan hasil tuh... Bila nak ajak pi sama nih??

    BalasPadam
  3. mcmmane nak contact tekong yang bawak trip nie??

    BalasPadam
  4. Salam Dr. Barra...aktif lagi mancing. Cuma kat Utara je. Adang rehat dulu....hasil makin teruk kesana.

    Tanpa Nama.....nak booking bot Usup Jarum Mas sila rujuk catatan terbaharu saya. Ada no hp tekong saya letakan kat situ. Selamat mencuba....

    BalasPadam
  5. Saya myuskil sapa TANPA NAMA ni. Buat apa nak sorok-sorok. Rasanya kalau belum saya kenali kerana saya nak ajak gie mancing lubuk baru dalam lingkungan 60 - 70 batu nautika pada bulan Oktober ni.....

    BalasPadam
  6. Fahiz Hussin....la nie dah join Amir @ anglermy dah nu...Pro sama Pro la tu....TQVM atas ulasan anda...

    BalasPadam
  7. lumayan betul lah...ni yang meronta2 nak turun ni..

    BalasPadam
  8. rusdi....rezeki bukan selalunya bagini. tetapi dalam tak ada tenggiri pun selalunya dapat jugalah tenggiri tu. malam dapat layan ikan bawah dan jigging pulak. yang seronoknya perairan sini dapat praktik berbagai-bagai kaedah pancingan.... jika teringin mancing sebelah sisi hubungi tekong usup jarum mas tu......TQVM

    BalasPadam
  9. salam.... utk pengetaun awk... sy dh g dgn tekong usop... naik dr jeti LKIM.. memang lumayan... sy dri team ipoh... uac berhad..

    BalasPadam
  10. HF...alhamdullilah atas rezeki yang diperolehi. Yang seronoknya mancing dengan dia siang dapat casting tenggiri dan malam tumpu kepada bottom fishing. Tak le boring sangat. Bagaimana pun sekarang ada masalah bot la. Dia hanya ada bot kecil sahaja yang boleh membawa 4 - 6 pemancing. Bagaimanapun bot ini lebih laju hampir 1 kali ganda dari bot besar hari itu. Dia sedang berusaha cari bot besar sekarang ini. Jika ada rezeki Jumaat petang ni saya turun dengan dia untuk jejaki kerapu boron. seperkara lagi moh kita join team uas dengan asia team. ramai ahli asia team ada di ipoh...TQVM

    BalasPadam
  11. btl tue... trip sy yg ke 4 terakhir... pastu tekong usop ckp nk cri bot laen ats sbb tertentu.. tekong usop la yg pandai jge ati customer & x mcm tekong laen.. anknye eddie pun rajin gak, sme naek mcm tekong usop.. di mane lokasi team uas & asia team slalu berkumpul?? srnk dpt g main kerapu nie.. sy hrp awk pulang dgn kepuasan..

    BalasPadam
  12. HF....Saya sebenornya dah pindah ke Alor Setar. bagaimana pun hal ehwal team spt meeting trip saya atur dan di Ipoh dikendali oleh Cikgu Ujis Mat Zahir. selalunya deme berkumpul di Restoran Mamak Samudera Raya berdepan dengan Taman Anda tu. Nanti gka pak usop dapat bot baru saya akan maklumkan kepada semua. hujung bln 3 saya ada trip ke Tukun Perak. Naik di Kuala Kedah. Tgk catatan kedua terbaharu saya kat blog. Masih ada kekosongan.....

    BalasPadam
  13. salam... nk tanye ckit nie... bot tops gemilang (tekong mat) kuala sala ok x??? sbb abg usop msh tiada bot...

    BalasPadam
  14. HF...Bot TG banyak yg saya dengar komen negatif tentangnya. Saya ingin perkenalkan bot Man Emas yg mana tekongnya ialah SDR HAMDI. Cuba call dia di no. 013 - 4674363.

    BalasPadam
  15. terima kasih saudara alias... saya akan cuba hubungi die...

    BalasPadam
  16. HF...utk berkenalan dgn ahli ASIA TEAM dan join mancing boleh contact Cikgu Ujis-Ipoh. No dia : 019 -5723868.

    BalasPadam
  17. thanks bro... de mse lapang, sye call cikgu ujis utk mengeratkn silatuhrahim...

    BalasPadam
  18. salam... nk tnye ckit nie... kapal batik nie teknik aper yg slalu menjadi?? klu casting & bottom plk umpan pe?

    BalasPadam
  19. HF...Salam,
    1. Untuk casting tenggiri (Main Target Casting) umpan kembong fresh yang dipasang pada spinner (biasanya buatan sendiri - aksesori ada jual kat kedai pancing sekarang ni) dgn 3 matakail. Boleh juga cuba popper yg kecil, bulu ayam atau spinner yg beli kat kedai.

    2. Bottom - Cumit fresh yg dicandat atau pun boleh juga kembong fresh yg di slice isinya dan cantum 2 keping isi kembong atau seekor kembong atau juga kerat kepala kembong dan slice isi kiri kanan hingga hampir keekor dan patahkan tulang dan buang tulang tsb. Cangkuk mata kail pada ekor kembong tsb.

    3. Pagi hari dari jam 9 - 12 am casting tenggiri dan bottom. Petang jam 4.30 - 6.30 pm sama. Malam pula tumpu kepada bottom fishing. TQVM...

    BalasPadam
  20. thanks saudara alias.... untung sy dpt brknln, skurang2nye de la ckit ilmu yg sy dpt.. sy akn cube teknik tue... slalunye sy gune spinner & teknik drifting je..

    BalasPadam
  21. HF...gka dapat sila berikan address e-mail saudara dan saya akan e-mailkan lakaran dan gambar cara untuk buat spinner tenggiri. TQVM

    BalasPadam
  22. ok... nie email sy... pary_kingfisher@yahoo.com

    BalasPadam
  23. HF....dah hantar e-mail. Gunaka kembong fresh sikit supaya tak mudah terburai isi perutnya..TQVM

    BalasPadam
  24. salam... sy nk tnye ckit jika saudara aliasgar taw kedalaman air di kapal batik & tukun perak.. e2 pun jika saudara tidak keberatan..

    BalasPadam
  25. HF...purata kedalaman air dikapal batik +/- 45 - 50 meter. Manakala di tukun perak kedalamanya +/- 70 - 100 meter. Bergantung juga kat spot mana kita mancing. Di tukun perak jika sekeliling pulau kalau tak silap dalam lingkungan 40 - 50 meter sahaja. TQVM.

    BalasPadam
  26. x sabar rsenye nk turun dgn tekong hamdi utk trip 28hb-29hb kapal batik... mintak2 la diberkati.. amin..

    BalasPadam
  27. HF...kena rajin2 la casting tenggiri tu. Kamu pergi dgn group cina Gurun, Kedah ke....All the best...

    BalasPadam
  28. salam... sy x turun dgn group cine... sy turun dgn group sendiri.. lupe nk bg taw, sy g ujung bln 5..

    BalasPadam
  29. HF...salam, saya baru sembang dgn tekong mlm ni dan maklumkan supaya korang casting tenggiri pagi dan petang dan mancing bottom mlm hari. Biaq cari lubuk kaw-kaw sikit. Apa2 pun bincang dgn tekong Hamdi dan minta cadangan dia. Dia sangat berkerjasama....TQVM

    BalasPadam
  30. terima kasih.... sy akan maklumkn kepd crew utk lyn tengiri di siang hari & mlm tumpu kepd bottom.. terima kasih sekali lg...

    BalasPadam
  31. salam.... sy bru selesai trip kapal batik dgn hamdi... alhamdullilah, hasil lumayan jgk... GT mengamuk pd mlm tue, smp x henti2 baham popper, jig & bulu ayam... syukur sesgt.... thanks ali krn rekemen sy dgn tekong hamdi... de mse nk repeat lg nie... hehehe

    BalasPadam
  32. Alhamdullilah....rezeki menyebelahi saudara. Tapi rezeki datang dengan usaha saudara semua. Harap maklum dan sebarkan Bot Man Emas yg mana tekongnya ialah saudara hamdi kepada kawan-kawan.... Jom try Adang dan Penang pula...TQVM

    BalasPadam
  33. adess.... adang & penang, huh mcm best je... lyn gak klu join tp x brani nk jnji lg nie... cuti dh paras2 tengkuk je... hehehe

    BalasPadam
  34. ha...ha... ada 7 trip sampai hujung tahun.... tapi dah penuh semuanya. Raya cina bln Jan next year pun dah penuh. Lepas tu blm rancang trip lagi....

    BalasPadam
  35. mak ai..... sume dh penuh... memang sempoi ar team nie, pantang de trip mesti crew join... terbaiikkk la...

    BalasPadam

Sila Komen Disini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...