Satu trip melayan tenggiri telah dirancang pada 2/7/2010 hingga 3/7/2010. Trip kali ini akan bergerak dari Kuala Kedah ke Kapal Batik dan Kapal TV dengan menaiki sebuah bot yang baru ditemui. Layanan tenggiri ditetapkan pada siang hari sepenuhnya. Manakala pada malam hari aktiviti memancing bottom dan jigging akan dilakukan.
Trip kali ini akan disertai oleh 8 orang pemancing iaitu (Ali @ aleey61 - FELDA, Aimmy MARA, Cikgu Din Pendang, Jat Perodua, Zan Emas, Mat Library, Jo Ark @ HULK dan Pak Long Bri).
Kami dijadual bergerak pada jam 9.00 pagi pada 2/7/2010 dan pulang jam 5.00 petang pada 3/7/2010. Trip ini bergantung pada progress kerja-kerja pengubahsuaian bot kerana bot yang akan digunakan masih dalam kerja pengubahsuaian. Sekiranya bot tidak sempat disiapkan pada tarikh tersebut maka satu tarikh lain akan dikenalpasti.
Dipaparkan gambar-gambar bot yang akan digunakan nanti :
Ukuran bot ini lebih kurang 16 kaki lebar x 55 kaki panjang.
Kerja-kerja ubahsuai.
salam Abang Alias.. bot pak usop ni nampaknya lg besar drpd TG kan? Last turun sana awal 2010 naik dgn TG.. tp hampa... Berapa kos utk trip 3h2m dengan pak usop ni? Ingat nak try dgn dia awal tahun depan.. Bila masa terbaik nak mancing area kuala sala? trm kasih..
BalasPadamBad...bot ni bukan Pak Usop punya tetapi bot Man Emas punya. Memang bot ini selesa dan lebih besar dari Bot TG. Trip yg dibawa hingga Tukun Perak dan harga sangat berpatutan. Saya rasa jika nak pergi bolehlah call tekong bot iaitu Sdr Hamdi - HP : 013- 4674363. Check tgk berapa dia caj. Kalau mahal call saya dan saya akan atur/bincang dgn dia. TQVM
BalasPadamsalam.... selamat berkenalan.. saya baru berpindah dari sabah ke putrajaya. sedang mencari team pancing.... harap tuan dapat beri bantuan.... terima kasih
BalasPadamSdr Aranain.... ya...saya dengan penuh bangga menyambut salam perkenalan anda. Saudara dialu-alukan menyertai ASIA TEAM yg bersifat terbuka. Jika boleh majukan e-mail address saudara supaya senang saya menyalurkan maklumat trip yg akan diatur. TQVM.
BalasPadam