Hari Khamis - 24 Jun 2010, Jam 6.00pm semasa saya dan Pak Long Bri sedang dok pekena Kopi dan Bubur digerai G, Batu 2, Jalan Langgar....Alor Setar, tekong bot Kuala Sala USUP JARUM MAS (UJM) call HP saya dan memaklumkan yang dia, Mat (awak2), 2 orang anak beliau iaitu Zambri dan Ady serta seorang kawan anak beliau akan keluar memancing kelokasi Kapal Batik dan Kapal TV pada jam 9.00pm malam tersebut. UJM mengajak saya serta Pak Long Bri untuk menyertai beliau. Saya maklumkan kepada beliau yang kami akan berbincang sekejap....ayat punya ayat Pak Long Bri kata Ok...... kita ikut.
Kami terus balik untuk mempersiapkan alatan mancing serta membeli sedikit makanan dan jam 8.30pm Pak Long sampai dirumah saya dan terus kami menghala ke Jeti Kuala Sala. Jam 10.30pm UJM mengemudi bot kearah lokasi pertama iaitu Kapal Batik. Cuaca malam itu agak kurang baik untuk mancing dengan sedikit hujan turun tetapi alun ombak agak ganas setinggi 1 - 1.5 meter. Angin dalam lingkungan 20 - 30 km/jam. Kami sampai di Kapal Batik jam 3.15am dan terus memancing disitu. Mungkin kerana alun yang kuat sehingga ke jam 4.00 petang maka hasil yang diperolehi sangat menghampakan. Pak Long Bri sudah tewas kerana dibadai alun ombak yang agak kuat itu.
Jam 4.00pm -25 Jun kami bergerak menuju ke Kapal TV dan tiba dilokasi jam 6.00pm. Alhamdullilah, cuaca sudah pulih dan mulai jam 8.00pm ikan mula membaham umpan yang dihulurkan. Dimulai dengan asakan Ikan Berangan selama 1/2 jam dan diikuti oleh Ikan Jenahak dan akhirnya Ikan Pelotan serta Ikan Gerut-Gerut.
Jam 5.00am - 26 Jun kami bergerak pulang memandangkan Hari Jumaat dan tiupan angin makin kencang serta alun ombak makin membesar. Kami sampai di jeti Kuala Sala jam 10.30am. Walaupun hanya memancing selama satu setengah malam tetapi hasil yang diperolehi hanya pada malam kedua sahaja. Hasil trip mengejut ini bagi saya sangat memuaskan.
Sekiranya anda merancang untuk memancing diperairan Kawasan Utara maka saya syurkan cubalah guna bot Usup Jarum Mas. Tempah terus dengan beliau di talian : 019 - 5631510. Saya berani syurkan bot UJM kerana saya telah pergi memancing dengan beliau sebanyak 3 kali dan semuanya membuahkan hasil yang sangat lumayan. Bot beliau boleh membawa pemancing seramai 8 orang. Sepekara lagi kedudukan jeti LKIM sangat selesa untuk turun dan balik dari memancing kerana jaraknya hanya 15 meter dari tempat memunggah barang dari kenderaan.
Tatapilah gambar hasil yang perolehi serta lain-lain gambar yang sempat dirakamkan .
Bot Usup JM
Gunung Jerai
Hasil Tangkapan Ikan Saya.
Hasil Tangkapan Usup JM Berlima.
Jeti LKIM Kuala Sala - Selesa Untuk Turun & Balik Memancing. Jarak Jeti Dari Tempat Punggah Barang Dari Kenderaan Hanya 15 Meter.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila Komen Disini