nuffnang

Sabtu, 12 Disember 2009

Tenggiri Tuas : oleh Mohd Sayuti


Pada hari Ahad bertarikh 10 Disember 2009, satu trip telah diatur oleh Si Gila Pancing. Aku adalah orang yang termasuk dalam racun yang mereka hulurkan. Kalender Islam dirujuk dan kami mendapati air boleh dikira cantik juga, jatuh pada 23 Zulhijjah 1430. Trip diatur dengan menaiki bot Wan Kuala Dulang, Yan. Seramai 6 pemancing akan menyertai trip kali ini, tetapi pada pagi itu hanya ada 5 pemancing saja yang dapat hadirkan diri, jadi trip dijalankan juga bila dah rasa 'gian'.
Pada pukul 6.30 pagi kami bertolak ke Tuas dengan harapan yang tinggi agar dapat membawa jumlah tangkapan yang memberangsangkan. Perjalanan memakan masa selama 1 jam 30 minit, keadaan laut agak bergelora, keadaan badan dapat dikawal walapun terpaksa berdiri ketika memancing. Memang betul apa yang diberitakan, pada pukul 9.30 pagi kami dah berjaya membuat tangkapan sebanyak 11 ekor tenggiri.
Gambar yang dirakamkan hanyalah ketika seisi memancing tamat kerana semua orang mahu memancing. Kami pulang pada pukul 5.00 petang dengan hasil tangkapan yang memuaskan. Tenggiri sebanyak 33 ekor bersaiz antara 3-6 kilo, belitong 5 ekor, cencaru 20 ekor dan pecah periuk sebanyak 15 ekor bersaiz hidangan 1-2 kilo.
Hasil yang diperolehi dibahagikan sama rata semasa perjalanan pulang ke jeti kerana kami tidak mahu membazirkan masa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila Komen Disini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...