nuffnang

Jumaat, 30 Disember 2011

REZEKI DIBADAI GELORA ..........

Dari tarikh 21 - 24 Disember 2011 kami pemancing berenam - Ali, Acoi, Ujis, Sazali, Khalid dan Caom menduga lubuk-lubuk di Kepulauan Adang sebagai penutup trip memancing tahun 2011. Ini bermakna sudah 9 bulan Adang tidak kami kunjungi sejak trip terakhir pada bulan Mac 2011. Sepatutnya 8 orang pemancing mengikuti trip kali ini. Dua orang tidak dapat ikut serta kerana ada hal masing-masing. Bagitulah yang sering terjadi apabila trip memancing ke Adang diatur.

Dari cakap-cakap pemancing yang telah berkunjung kesana dalam bulan November dan awal Disember kami dimaklumkan stok ikan diAdang sudah berkurangan. Ini dibuktikan dari hasil tangkapan pemancing yang lebih awal mengunjungi perairan Adang. Hasilnya merisaukan kami. Kebanyakan ikan yang dibawa balik adalah ikan karang yang dipancing menggunakan Apollo. Ini disertai juga dengan keadaan cuaca yang bergelora dan angin yang kuat. Dalam perjalanan kesana dua orang tekong iaitu Imron dan Mat Ontong telah telefon saya memaklumkan angin kuat sedang melanda perairan Adang. Kacau......kacau.... perasaan kacau....jiwa kacau...... saya buat tak tau je kerana takut 5 pemancing lagi risau. Pada hal dalam hati kencang geloranya.....

Kami berenam akan menaiki bot Imron manakala satu kumpulan dari Alor Setar yang diketuai oleh Jat Perodua akan menaiki bot Mat Ontong. Tak mungkin kami berpatah balik kerana persiapan telah rapi dibuat dan ration telah siap dibeli. Perjalanan diteruskan. Nasib dan rezeki diserahkan kepada Allah swt menentukanya. Jika angin pun kami akan redahi juga lautan. Sampai di Wang Klian Pegawai Kastam memaklumkan kepada kami angin memang kuat. Haiiii....apa yang dok bagitau...diam udah le.... kacau...kacau. Bagaimanapun apabila meredah lautan saya dapati keadaan angin boleh tahan je. Bagi kami berenam dari Asia Team keadaan angin bagitu tidaklah kuat sangat dan kami semua dapat memancing tanpa masaalah. Hanya 4 buah bot sahaja yang turun memancing. Dari ke 4 buah bot tersebut bot kami yang paling berjaya dari segi kuantiti dan kualiti tangkapan.

Pada trip ini kami berjaya mendaratkan ikan kerapu antara saiz 18kg - 800grm, jenahak dan lain spesis dalam skala yang sangat memuaskan jika diambil kira keadaan angin sekencang 20 -30 knot dan laut yang bergelora setinggi 1 - 1.5 meter. Inilah rezeki kurniaan Allah swt berkat kesungguhan dan ketabahan semua pemancing.

Dititipkan gambar yang dirakamkan oleh saya pada trip ini untuk tatapan semua pembaca.





















Selasa, 29 November 2011

TRIP PENANG 18 - 20 NOVEMBER 2011

Dalam bulan November 2011 saya telah mengosongkan trip/aktiviti memancing kerana telah merancang percutian bersama keluarga ke Chiang Mai dan Chiang Rai, Thailand dari 18 hingga 30hb November 2011. Saya dan keluarga akan melakukan perjalanan darat dengan memandu dari Alor Setar ke distinasi tersebut. Bagaimana pun kita hanya dapat merancang tetapi Allah s.w.t jua yang menentukan. Percutian yang dirancang rapi sejak awal tahun terpaksa dibatalkan kerana banjir besar yang melanda Thailand. Terpaksalah diubah ketahun 2012 pula.
Memandangkan percutian dibatalkan dan kawan-kawan juga tiada aktiviti maka Cikgu Ujis meminta saya menempah bot Ah Sing di Penang untuk trip memancing. Bagaimana pun tekong memaklumkan bot telah penuh ditempah pada hujung minggu dalam bulan November. Nak tak nak saya terpaksa berkeras dengan tekong yang saya hendak juga satu trip dalam bulan tersebut. Keesokan harinya tekong memaklumkan dia telah membatalkan trip yang ditempah oleh pemancing lain kerana gagal membayar deposit. Tak taulah group mana yang menjadi mangsa dibatalkan trip memancing pada tarikh 18 - 20 November 2011 itu.

Trip kali ini disertai oleh Saya, Mr.Rizal, Cikgu Ujis, Cikgu Bard (lama dah bertapa), Zul Tapah, Acoi, Jeffary dan Sazali. Bot bergerak kedistinasi pada jam 2.00 ptg. Pada waktu itu cuaca sangat baik tetapi pada jam 9.00 mlm angin mula bertiup kencang dengan hujan yang sangat lebat berterusan sehingga jam 3.00 pagi. Malam kedua keadaan cuaca yang sama berulang. Dengan keadaan cuaca sebegini memancing sangat tidak produktif. Ikan tak mau jamah umpan yang dihulurkan. Spesis yang aktif hanya alu-alu sahaja. Kebanyakan ikan yang diperolehi adalah sebelum cuaca bertukar sebelum jam 9.00 malam.

Bagaimanapun dapatlah juga ikan-ikan untuk dibuat lauk keluarga. Dihidangkan gambar-gambar sebahagian ikan yang diperolehi untuk tatapan pembaca.



Rezeki Lubuk Terakhir ....

Dapat hasil senyum leee..... ngalah Salleh Yakob.

Dah lama bertapa ..... lupa dah mcmana nak buat perambut..... Cikgu Bard.



Hasil yang diperolehi Pari ..... rujuk gambar diatas.

Cikgu Ujis ...... Nyiok-Nyiok.

Acoi.... menjadi kali ini walaupun kena ribut .... Siakap Tengah ( ang ka tia )

Dapat siakap tengah sekor dah berdenkorrrrr....

Jeffary ...kiri & Sazali.


Tak sempat snap atas bot ...... kat rumah pun boleh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...