nuffnang

Khamis, 17 Jun 2010

Trip Yang Tidak Patut Dilupakan....

Trip Yang Tidak Patut Dilupakan.....

Pada bulan Januari 2010 - Jo Ark @ Jo Hulk (BSN Alor Setar) telah menganjurkan satu trip memancing ke Perairan Kepulauan Adang, Thailand. Trip tersebut selama 4hari 3malam. Dari mula perancangan untuk menghimpunkan pemancing seramai 8 orang menimbulkan masalah. Maklumlah perairan Adang sekarang ini kurang stok ikanya. Jadi minat pemancing kesana mulai menurun. Namun akhirnya setelah diajak dan dipujuk dapat juga beliau kumpul 8 pemancing dari Pahang dan Alor Setar.


Dari malam pertama memancing tangkapan tidak memberangsangkan langsung. Hanya keindahan kepulauan Adang sahaja menj
adi pengubat duka. Macam-macam dipersalahkan dan yang menjadi sasasar utama ialah Tekong Bot kesayangan Jo Ark iaitu MAT ONTONG. Namun dipagi hari pada hari terakhir memancing keceriaan mengganti kedukaan. Semasa minum pagi Jo Ark telah menggantikan umpan pada joran Pak Sheikh dan menurunkan mata kailnya. Selang beberapa minit sentapan yang kuat telah membuat alarm mesin Shimano 2 speed tersebut menjerit dengan kuat. Tali dari mesin terus keluar dan drag diketatkan dan bermulalah pertarungan dengan ikan besar yang tidak diketahui spesisnya selama lebih 40 minit. Joran bertukar tangan beberapa kali dan akhirnya seekor Marlin dalam lingkungan anggaran berat 120kg berjaya didaratkan. Satu rezeki kurniaan Allah s.w.t yang tidak diduga dengan berkat kesabaran pemancing.

Dipaparkan gambar-gambar yang menjadi memori indah trip ini....


Mat Ontong Tekong Kesayangan JO HULK

5 ulasan:

  1. ini specis terancam, jadilah pemancing yang berhemah agar generasi akan datang dapat menikmatinya.

    BalasPadam
  2. Spesis yang teramcam jika dapat diselamatkan akan dilepaskan balik. Tapi jika dah nak mati jadikan rezeki. Jika dilepaskan dan mati maka itu lagi tak bermakna......

    BalasPadam
  3. kalau dah digancu sampai tiga batang,memang tak dapat diselamatkan....

    BalasPadam
  4. Saya setuju sngt2. Sepatutnya dipegang paruhnya dan dikeluarkan mata kail dan dilepaskan semula. Dapat le kita merasa tarikanya pada masa hadapan. Apakan daya trip tsb bukan trip yg saya anjurkan. Kita ambil ingatan pada masa hadapan sekiranya game fish sila tangkap dan lepas. Jika tidak dpt diselamatkan baru diambil. Praktikan penggunaan Circle Hook. Group Asia team hampir semuanya sudah beralih menggunakanya....TQVM

    BalasPadam

Sila Komen Disini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...