nuffnang

Selasa, 4 Oktober 2011

PULAU JARAK 30/9, 1 - 2 /10/2011

Trip ini diuruskan oleh Cikgu @ Pengerusi Ujis. Sepatutnya dilaksanakan 1 minggu awal tetapi ditunda seminggu kehadapan iaitu pada 30/9 dan 1 - 2/10/2011. Tak tau apa sebab trip ini ditunda kehadapan pula. Ha...ha... mungkin Cikgu Ujis ada urusan lain kot. Disertai 10 pemancing terdiri dari Ujis, Fauzi, Sri, Seelan, Laurence, Caom & Khalid dari IPOH , Ali - Alor Setar, Bri James Bond - Changkat dan Pak Su - Perda. Target spesis ikan dicari seperti biasa iaitu Jenahak dan Kerapu. Kami menaiki bot di Pantai remis yang dikemudikan tekong Ah Soon dengan ditemani isteri mudanya. Ha...ha...ha... umur 60 lawan umur 21 tahun la. Still standing .......

Dalam jam 2.30 petang bot bergerak menuju kelokasi pancingan pertama dan tiba pada jam 4.30 petang. Seterusnya kami berubah dari satu lokasi kesatu lokasi yang lain. Pada malam pertama sebanyak 20 ekor jenahak dan 6 ekor kerapu berjaya dipancing. Pada waktu siang, hari kedua pancingan ditumpu kepada ikan-ikan karang dan pada sebelah malam pancingan beralih kepada spesis ikan malam iaitu jenahak dan kerapu. Bagaimana pun sekitar jam 11.00 malam angin mula bertiup kencang diikuti dengan hujan yang sangat lebat. Laut bergelora dengan ketinggian ombak mencecah 2 meter. Acara memancing ditukar keacara tidur pula. Tinggal 3 - 4 orang sahaja yang terus memancing. Tetapi dengan laut yang bergelora dan dentuman guruh yang kuat maka hasilnya ....... hampas. Jam 7.30 pagi kami mengajak tekong Ah Soon berangkat pulang kerana tidak efektif langsung memancing dalam keadaan cuaca bagini.

Untuk tatapan saudara-saudara pembaca yang budiman, saya paparkan gambar-gambar ikan-ikan kelas VIP yang berjaya dipancing.

Saya .... lihat ekornya.... besarrrr & tegap.

Fauzi DO .... Raja Jenahak.

Ah Soon .... ada bini muda .... rajin dan riang dia.

Haaaaa.... ni ha .. bini muda dia.... boleh la tu.

Tonny Sri ..... close up ok .... cerah la...

Cikgu Ujis @ Pengerusi .... ada jenahak senyum la.

Laurence ..... ok gak tu...

Ujis...... jenahak cat 2k.

Bri Changkat & Pak Su Perda. Tak dan nak beli baju....

KACI ..... lama dah tak nampak.

Guru Besar Caom.

2 ekor HARIMAU CUMIT ...... undang-undang baru akan digubal.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...