nuffnang

Khamis, 30 Disember 2010

PERAIRAN ADANG / NOK KIAU PULIH KEMBALI.... ???

Perancangan untuk menjengah Perairan Adang/Nok Kiau dibuat 4 bulan lepas bertujuan menghilangkan kerinduan pada kecantikan dan keindahan Kepulauan Adang yang telah lebih 1 tahun tidak dijengah. Sebelum tsunami melanda Kepulauan Adang adalah spot memancing wajib bagi ASIA TEAM. Sekurang-kurang 6 - 7 trip memancing diatur dalam setahun. Selepas tsunami melanda trip memancing ke sana hanyalah sekadar untuk menghilangkan kerinduan kepada kepulauan itu sahaja. Memancing sambil makan angin.... nak sedapkan hati kotttt........

Trip terbaharu dari 24 - 27 Disember 2010 diatur sebagai penutup kalender memancing 2010 bagi ASIA TEAM. Tempahan bot Tekong lama kami IMRON DAT dibuat pada bulan September 2010. Sepatutnya seramai 8 orang pemancing mengikuti trip ini tetapi 2 pemancing dari Kuantan dan Kuala Lumpur menarik diri 2 hari sebelum tarikh bergerak dengan alasan masing-masing. Kadang-kadang jemu juga dengan alasan pemancing yang tarik diri pada saat-saat akhir ini. Sepatutnya jika tarik diri pada saat-saat akhir bayaran penuh perlu dibuat. Tapi sifat manusia...siapa yang nak bayar penuh jika tak ikut trip. Cakap mula semasa nak ikut trip berapi-api macam semburan naga sakti. Lepas itu senyap sepi...... Maka tinggalah 6 pemancing meneruskan perjalanan pada 24 Disember 2010 iaitu Saya (ali), Alor Setar, Cikgu Ujis, Cikgu Bard, Fauzi@DO, Cikgu Besar Caom ( Ipoh) dan Mizar (Penang).

Kerana tinggal 6 orang sahaja, maka poket saya terpaksa dikoyakan untuk menampung bebanan 2 pemancing yang tarik diri tersebut. Bagai
mana pun alhamdullilah 5 orang pemancing yang ikut sanggup membuat tambahan wang walaupun ada yang merungut. Ingatlah kalau sama-sama nak seronok sama-samalah tanggung. Kalau tak sanggup bantu membantu ikutlah pakej komersial yang ada dengan bayaran RM 570 seorang untuk 8 orang atau RM 450 seorang yang membawa antara 10 - 11 orang pemancing. Pilihan ditangan masing-masing. Dimasa hadapan saya rasa Deposit RM 200.00 perlu dibayar sebaik sahaja tempahan dibuat dan bayaran penuh perlu dijelaskan 2 minggu sebelum tarikh bergerak. Jika gagal ganti sahaja dengan pemancing lain. Deposit rampas...... Berbalik kepada trip pancing.... kami mencari umpan pada 24 Disember malam sampai 6.00 pagi. Selepas itu terus bergerak ke Adang dan pancing apollo untuk mencari lauk untuk makanan tengahari. Cukup sahaja lauk tengahari dikumpul tekong terus menggerakkan bot ke Lubuk Nok Kiau. Bermula jam lebih kurang 7 malam sambaran jenahak bermula...... lepas satu rod, satu rod pula jenahak...... jenahak...... jenahak........ jenahak..... rezeki Allah swt. Hingga kepagi hari masih ... jenahak... jenahak... jenahak dan sekali dua diselangi dengan kerapu. Dalam 1 malam itu sahaja di Nok Kiau kami berjaya mendaratkan lebih kurang 55 ekor jenahak yang benilai ribuan ringgit. Saiznya antara 3 - 6 kg seekor. Sekiranya tangkapan sebagini berterusan saya anggap Kepulauan Adang dan Nok Kiau sudah pulih dari kesan tsunami. Cuma carilah tekong yang betul untuk memancing disana.....insyallah....... saudara-saudara akan memperolehi rezeki......

Gambar mempunyai 1001 cerita. Dari itu saya paparkan gambar-gambar semasa trip memancing itu untuk tatapan saudara-saudara sekelian.... Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan pengikut yang mengikuti blog saya yang tak seberapa ini. Namun saya rasa ia dapatlah sedikit sebanyak menghilangkan rasa gian memancing saudara-saudara.......




Pemancing ASIA TEAM - 6 orang je yg ikut trip ini .......
Kiri ..>> ali, ujis, mizar, fauzi, caom & bard.







































































































































































































































































































































Ahad, 19 Disember 2010

Trip memancing 3 - 5 Disember 2010

Trip Memancing 3 – 5 Disember 2010.<span class=

Lokasi : Pulau Jarak, PERAK.

Trip bertarikh 3 – 5 Disember 2010 diatur oleh Mr. Leong, Silibin, Perak – tuan punya bot memancing DEEP SEA MASTER (DSM) yang berpengkalan di Lumut, Perak. Selain bot tersebut beliau juga mempunyai 2 buah lagi bot di Pantai Remis dan Kuala Sepetang, Taiping. Trip ini adalah sebagai trip gantian kepada trip pertama yang mana tangkapan ikan langsung tidak memuaskan kerana laut yang bergelora. Pada trip kali ini beliau hanya mengenakan bayaran Rm 250.00 sahaja seorang. betuiiii...ke?, tanya kawan-kawan....macam tak percaya pulak kata depa.... Leong kenakan bayaran semurah itu siap dengan makan minum.......kena ayat betul-betul taukeh ni......jalan......

Pada trip kali ini keadaan cuaca agak baik dan perjalanan pergi dan balik memancing lancar. Trip pertama bulan Oktober saya memandu berseorangan dari Alor Setar ke Lumut. Namun pada trip ini saya ditemani Saudara Roslan (Public Bank) dari Kepala Batas, Seberang Perai dan juga Saudara Jo dari Kg. Changkat, Nibong Tebal.

Bot DSM boleh dikategorikan sebagai yang terbaik (mungkin) disebelah pantai barat. Mempunyai katil 2 tingkat dan siap dengan bilik yang dipasang air-cond. Kalau nak pergi tidur memang sedap dan pemancing yang mabuk tentu selesa dan nenyak tidur. Bagi sebuah bot yang besar selalunya untuk memancing ikan ada kelemahanya. Apabila sahaja bot diparking pada sesuatu lubuk, maka faktor angin menjadi penentu. Maknanya angin yang bertiup dari sisi bot akan menolak bot beberapa meter dari lubuk asal. Ini bermakna pemancing yang berada disebelah bot arah angin bertiup akan mempunyai kelebihan mendapat ikan yang banyak kerana mereka tidak tersasar jauh dari lubuk asal yang berada dibawah bot. Manakala pemancing disebelah lagi akan tersasar jauh dari lubuk asal. Itulah yang terjadi kepada kami semasa memancing pada trip ini. Pada masa pemancing disebelah bot mendapat ikan yang disebelah lagi menjadi pemerhati. Sebaiknya pada pengalaman saya saiz bot yang baik untuk memancing adalah sepertimana bot-bot di Adang, Thailand. Pada 24 – 27 Disember ini saya dan rakan-rakan memancing dari Kuantan, Ipoh dan Penang akan memancing di Adang untuk menghilangkan kerinduan pada keindahanya. Insyallah saya akan coretkan dan gambarkan trip memancing disana.

Saya paparkan gambar-gambar yang sempat dirakam semasa trip memancing kali ini untuk tatapan tuan-tuan semua. Tangkapan yang diperolehi adalah diketegorikan pada tahap sederhana sahaja. Semoga gambar-gambar ini akan dapat menghilangkan rasa gian memancing pada pemancing-pemancing yang sudah lama tak turun kelaut memancing. Atau juga dapat meracun mereka supaya segera mengatur trip memancing….... dirakamkan ucapan terima kasih kepada pengikut yang mengikuti blog ini.........tqvm.

ARTIKAL yang akan dikeluarkan dalam masa terdekat...Adang, Nok Kiau di Perairan Andaman Sudah Pulih Stok Ikanya Sepertimana Sebelum Tsunami Melanda. Benarkah Cerita Ini?....Tunggu....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...