nuffnang

Khamis, 20 Januari 2011

PULAU JARAK 14 - 16 JANUARI 2011

Perancangan yang diatur bersama oleh Fadzil Tapah, Ali Alor Setar dan Fauzi DO Ipoh dalam bulan November 2010 bagi menganjurkan satu trip memancing disekitar perairan Pulau Jarak, Perak telah selamat diharungi dari 14 -16 Januari 2011 baru-baru ini.

Ahli Kumpulan ASIA TEAM ( Alor Setar Ipoh Angler Team ) yang mengikuti trip ini terdiri dari Fadzil, Man dari Tapah, Ali Alor Setar, Roslan Kepala Batas, Mr. Rizal, Dr. Anas dari Teluk Intan, Pengerusi Ujis, Badrul, Muzaffar dari Ipoh dan Apit dari Klang.

Khidmat tekong Peter LUMUT digunakan untuk trip ini bersama pembantu tekong Rashid. Fauzi DO yang sibuk mengatur trip bersama tidak dapat pergi kerana melancong ke Guilin, China. (Sebenarnya kerana terlalu gian memancing dia terlupa tarikhnya ke China sama dengan tarikh trip yang diatur). Tepuk dahi laaa.... abang kita niiii...

Bot bergerak dari jeti Lumut pada jam 3.00 petang dan kami mula memancing pada sekitar jam 5.00 petang. Tangkapan pertama pada trip ini diperolehi oleh Man Tapah dengan menaikan seekor ikan jenahak dan disusuli oleh saya dengan seekor kerapu dalam saiz 1.5 kg. Selepas itu bermulalah kerancakan menaikan ikan-ikan jenahak, kerapu dan gerut-gerut dalam skala saiz yang 2 hingga 4kg seekor oleh semua pemancing. Sekitar jam 8.30 malam satu rentapan kuat menarik hujung rod 18 kaki saya mencecah air dan tangkapanya adalah seekor kerapu boron dalam sekitar berat 15kg dengan nilainya RM 540.00. Saya menggunakan umpan seekor sotong kurita hidup untuk menjerat kerapu boron tersebut. Sememangnya diketahui sotong kurita hidup menjadi kegemeran ikan kerapu dan jenahak. Sekiranya ada ikan dilubuk yang dipancing maka umpan sotong kuritalah hidup yang akan menjadi pilihan ikan-ikan. Dari 5 ekor sotong kurita hidup yang saya guna 4 ekor disambar oleh 3 kerapu dan 1 jenahak.

Bila sahaja kerapu boron bersaiz besar dinaikan maka semangat semua pemancing seperti dicaj semula. Semua pemancing bergegas memeriksa umpan pada mata kail masing-masing. Saudara Bard mendapat sambaran kerapu kedua seberat sekitar 3 - 4 kg. Selepas itu semua pemancing berjaya mendaratkan ikan yang terdiri dari spesis jenahak, kerapu dan gerut-gerut. Ahli baru yang pertama kali menyertai trip ASIA TEAM sememangnya sangat dikagumi kesungguhan mereka. Tengah hujan pun Mr. Rizal, Dr. Anas dan Apit terus memancing. Orang muda.... masih segar bugar.... Kesungguhan mereka bertiga dibalas dengan kurniaan rezeki yang banyak. Mr. Rizal berjaya mendaratkan seekor tenggiri seberat 5 kg dengan kaedah bottom fishing. Tergamam beliau seketika memikirkan perambut yang digunakan tidak disambung dengan perambut dawai. Kalau rezeki takkan kemana. Mata kail terkena betul-betul tepi pipi sebelah dalam mulut tenggiri tersebut dan perambut berada diluar. Ini menyebabkan tenggiri tersebut gagal memotong tali perambut beliau. Meleleh air liur kawan-kawan melihat tenggiri yang dinaikanya. Lutut goncang woooo kalau tenggiri itu terlepas ...ha...ha.... Masak apa yang paling sedap ikan tenggiri tuuuuu.

Saya sangat-sangat berterima kasih kepada semua Ahli ASIA TEAM yang mengikuti trip ini diatas kerjasama yang sangat baik dan terpuji. Bagitulah kalau memancing satu kepala barulah rasa keseronokan memancing. Bagi semua yang mengikuti blog ini dipaparkan gambar-gambar yang diambil oleh saya dan Mr. Rizal. Bagi pengikut yang setia mengikuti bolg ini saya ucapakan selamat menyambut tahun baharu dan semoga kalian semua dimurahkan rezeki dan dianugerahkan Allah s.w.t kesihatan yang baik dan berpanjangan .....

Gambar terakhir joran berwarna merah yang dimasukan dalam blog ini adalah joran saya sepanjang 8' 6" yang ditempah dari kawan saya di Sungai Petani...Sdr Syed Malik. Beliau memang diketahui telah menjalankan kerja membuat joran buatan tangan sejak 20 tahun lalu dan banyak menerima tempahan dari pemancing tempatan, KL dan Singapura. Sesiapa yang berminat bolehlah mengemukakan pertanyaan dan tempahan.

Trip kali ini saya kategorikan sebagai berjaya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...