nuffnang

Selasa, 21 September 2010

Misteri Yang Perlu DiRungkai.


Salam....agak lama saya tidak menulis dalam blog ini. Bukan apa....tetapi kerana tiada aktiviti memancing kerana bulan puasa dan emak saya yang sakit. Pada Hari Raya ke 3 emak saya telah pulang kerahmatullah mengadap illahi pada jam 9.30 pagi. Jenazah dikebumikan pada jam 5.30 petang pada hari yang sama. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan disisi roh orang-orang yang beriman....insyallah.

Mengambil kesempatan ini saya paparkan sekeping gambar sahabat memancing saya iaitu Cikgu Ujis Bin Mat Zahir ( Pengerusi - IPOH ) sedang bergaya dengan ikan kerapu seberat 12 kg. Tangkapan kerapu tersebut diperolehi semasa trip memancing di Pulau Jarak baru-baru ini. Apa yang menjadi misteri ialah terdapat satu bentuk muka yang berwarna putih diatas bahu kiri beliau. Pada mulanya saya agak ia adalah silauan lampu atas bot, tetapi jika ia dari silauan lampu disebelah belakang beliau mustahil silauan itu menutupi sedikit bahu kiri beliau. Justru sama-samalah pembaca blog ini yang arif memberikan pandangan yang dapat merungkaikan misteri tersebut....

6 ulasan:

  1. Badrol Hasni Abdullah Sani22 September 2010 pada 10:16 PTG

    Salam..Al-Fatihah & Takziah pd keluarga sekeluarga, semoga roh emak saudara dicucuri rahmat & ditempatkan disisi orang2 yang beriman. Amin.

    BalasPadam
  2. gambar itu kelihatan seperti cahaya lampu dibelakangnya...tetapi,siapa tahu jika memang benar cahaya itu adalah makhluk lain....

    BalasPadam
  3. TQVM...Che Bard...
    Tanpa Nama ... Nampak memang mcm lampu...tapi kalau lampu belakang bagaimana pula bahu Pengerusi dilitupi lampu dibahagian depan. Makhluk lain duduk atas bahu dia tak atau pun pengawal pengerusi kita...he...he...

    BalasPadam
  4. salam..
    Al-fatihah dan salam takziah kepada emak cik ali..
    mgbr 2 mingkin makhluk lain atau cahaya..
    hehe..
    ats laut memg bnyk ckgu hapy ckp...

    BalasPadam
  5. memang sah cahaya tu cahaya lampu. cahaya ni dinamakan flare...flare ni terjadi sama ada disebabkan bukaan apature(f besar) camera tersebut ataupon sinaran/pantulan dari lens. selalunya terjadi jika camera tersebut tidak memakai 'hood'...jadi kekuatan cahaya yang menghadap atau dari tepi camera takcukup di'padam' oleh build in flash camera.

    BalasPadam
  6. TQVM A.Aki.... satu kupasan yang bernas. Satu pertanyaan, bagaimana cahaya itu dapat kehadapan dan berada atas dan depan bahu Cikgu Ujis.... kira boleh join mancing nooo.... barang2 tackle dah hebat2 tu...

    BalasPadam

Sila Komen Disini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...