nuffnang

Jumaat, 30 Disember 2011

REZEKI DIBADAI GELORA ..........

Dari tarikh 21 - 24 Disember 2011 kami pemancing berenam - Ali, Acoi, Ujis, Sazali, Khalid dan Caom menduga lubuk-lubuk di Kepulauan Adang sebagai penutup trip memancing tahun 2011. Ini bermakna sudah 9 bulan Adang tidak kami kunjungi sejak trip terakhir pada bulan Mac 2011. Sepatutnya 8 orang pemancing mengikuti trip kali ini. Dua orang tidak dapat ikut serta kerana ada hal masing-masing. Bagitulah yang sering terjadi apabila trip memancing ke Adang diatur.

Dari cakap-cakap pemancing yang telah berkunjung kesana dalam bulan November dan awal Disember kami dimaklumkan stok ikan diAdang sudah berkurangan. Ini dibuktikan dari hasil tangkapan pemancing yang lebih awal mengunjungi perairan Adang. Hasilnya merisaukan kami. Kebanyakan ikan yang dibawa balik adalah ikan karang yang dipancing menggunakan Apollo. Ini disertai juga dengan keadaan cuaca yang bergelora dan angin yang kuat. Dalam perjalanan kesana dua orang tekong iaitu Imron dan Mat Ontong telah telefon saya memaklumkan angin kuat sedang melanda perairan Adang. Kacau......kacau.... perasaan kacau....jiwa kacau...... saya buat tak tau je kerana takut 5 pemancing lagi risau. Pada hal dalam hati kencang geloranya.....

Kami berenam akan menaiki bot Imron manakala satu kumpulan dari Alor Setar yang diketuai oleh Jat Perodua akan menaiki bot Mat Ontong. Tak mungkin kami berpatah balik kerana persiapan telah rapi dibuat dan ration telah siap dibeli. Perjalanan diteruskan. Nasib dan rezeki diserahkan kepada Allah swt menentukanya. Jika angin pun kami akan redahi juga lautan. Sampai di Wang Klian Pegawai Kastam memaklumkan kepada kami angin memang kuat. Haiiii....apa yang dok bagitau...diam udah le.... kacau...kacau. Bagaimanapun apabila meredah lautan saya dapati keadaan angin boleh tahan je. Bagi kami berenam dari Asia Team keadaan angin bagitu tidaklah kuat sangat dan kami semua dapat memancing tanpa masaalah. Hanya 4 buah bot sahaja yang turun memancing. Dari ke 4 buah bot tersebut bot kami yang paling berjaya dari segi kuantiti dan kualiti tangkapan.

Pada trip ini kami berjaya mendaratkan ikan kerapu antara saiz 18kg - 800grm, jenahak dan lain spesis dalam skala yang sangat memuaskan jika diambil kira keadaan angin sekencang 20 -30 knot dan laut yang bergelora setinggi 1 - 1.5 meter. Inilah rezeki kurniaan Allah swt berkat kesungguhan dan ketabahan semua pemancing.

Dititipkan gambar yang dirakamkan oleh saya pada trip ini untuk tatapan semua pembaca.





















14 ulasan:

  1. Badrol Hasni Abdullah Sani2 Januari 2012 pada 5:17 PG

    Sempoi la Bang Ali..!! Best..!! Maaf le tak dapat join ari tu..bonda sakit plak..memang le frust..tapi klu pi dgn sumpah seranah buat ape..hati tak tenteram..klu nak mancin kena ade doa ibu bru meruntun ikan..!!

    Ape2 pun Tahniah..!! Dengor juai ikan 1.6k n beli jam baru..!! Hebat..!! n Jamu kawan2 makan bron plak...mak ai..syoknya..!!

    Trip Raya Cina ni InsyaAllah saya pi..harap2 dapat ke Nok Kiau lagi seperti Dis 2010 dulu..!!

    Mohon izin share gambo skit kat FB..perangat kawan2...k tq hehehehe....dah ambik bru kabo..hahaha

    BalasPadam
  2. Badrol Hasni Abdullah Sani2 Januari 2012 pada 5:50 PG

    Bleh check ramalan keadaan cuaca kat sini :
    http://www.viewweather.com/w4998127-weather-forecast-for-ko_adang-changwat_satun.html
    ..sja je aku bagi..hang lg terer...hehehehe

    BalasPadam
  3. ali kasi panas line ni, x kira la, tahun depan 2 biji bot aku booking nk ke adang... hehehehehehe

    BalasPadam
  4. BARD: Rezeki kurniaan Illahi. Betui tu, biar le kemana shj kita pi diiringi dgn doa restu ibu dan isteri. Hang jua perlu dptkan restu bini kalo nak pasang lagi. Jam tu G Shock. Kira suai le dgn mcing kat laut dan dipadankan dgn Mild Seven. . He . . He. . Trip Raya Cina mungkin balik 25/1. Tq info kaji cuaca tu.

    BalasPadam
  5. T.N. . RN, apa paneh aiiihh, bot dah booking dah 2 buah. Tunggu conformation je dari ahli komplot. Bot Trang ramai dah dok kacau ajak pi 2012 tapi tak de masa dah. Raya cina 2013 cfirm jadi. Tqvm

    BalasPadam
  6. fuhh... mmg dasyat. ni sy ada satu soklan . apesal kebanyakan trip kalo tangkapan terbesar mesti abang alias yg bwk naik? ape ilmu ada pakai? hehe..

    BalasPadam
  7. Tuan Tanah: Senang je jawapanya, rezeki Allah kurnia. Lagi 1 selepas saya dapat ikan besar saya buang kamera ke laut jadi geng lain x dapat ambil gambar ikan besar yang depa dapat. . . He. . . He. . OK gak idea tu. Lama-lama pokai dok beli kamera. Tqvm.

    BalasPadam
  8. Badrol Hasni Abdullah Sanii3 Januari 2012 pada 8:26 PTG

    Tuan Tanah : Klu nak tau kena pi trip ngan Aliasgar ni baru tau rahsia dia..!! Betoi tak... hehehehe......

    Lagi satu...org lain dapat gak ikan besaq..tapi Ali tak mau ambik gambaq masuk dalam blog dia...
    hahahahaha....

    BalasPadam
  9. Ikut saya susah sikit. . . Kena respek sama kwn2, tolong menolong, berkerjasama senang atau susah dan yg penting hormat ketua. Tu Badrul kata saya x ambil gambar kwn2, cuba tengok blog lepas2 gambar kwn2 je ada dan gmbr saya langsung x ada. Betoi tak. . .

    BalasPadam
  10. Bard....untuk senang check weather forecast kat adang type sahaja .... weather forecast ko lipeh. Cari forecast ko lipen, lebih lengkap. 2 hari lagi kalo nak pi jamgam dok check dah. Pi jeee jangan toleh belakang.

    BalasPadam
  11. peraturan yang ditetapkan tu insyaAllah 100% boleh dipatuhi. masalahnya set pancing saya jek yang x semenggah lagi nih. malu la nak join. takut nnt kena gelak..he3

    BalasPadam
  12. TT. Kedaung, apa nak malu lak. Kami mula dulu bermula cam tu gak. Lama2 upgrade pelan2. Stakat mesin letrik tu Fsuzi Do ada set lebih yg boleh disewa pada kadar geng trip. Tqvm.

    BalasPadam
  13. xde plan ke nak wat trip ke pantai remis lagi bang?

    BalasPadam
  14. TT, trip pantai remis 2012 - 2-4/3, 11- 13/5, 24-26/8 & 5-7/10. Trip diserah urus oleh cikgu ujis. Jika nak follow cal dia at 019-5723868. Maklum yg saya surus ctact dia. Tqvm

    BalasPadam

Sila Komen Disini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...