Tanggal 21 hingga 24 Januari 2012 satu trip yang telah dirancang sejak 6 bulan yang lepas selamat dilaksanakan dengan agak berjaya. Trip kali ini disertai oleh Ali, Ujis, Mr. Rizal, Dr. Anas, Dr. Shafiee, Mizar Jaapar, Badrul dan Caom. Kami mensasarkan untuk memancing diperairan Nok Kiau selama 2 hari 2 malam. Bagaimana pun kami sudah sedia maklum akan keadaan cuaca di Nok Kiau yang tidak menentu. Sekiranya di Adang cuacanya baik, sebaliknya di Nok Kiau terjadi angin kuat dan beralun besar. Jika dapat memancing di Nok Kiau selama 2 malam berterusan maka sangat baiklah rezeki yang akan diperolehi. Semasa trip ini kami hanya dapat memancing di Nok Kiau dari jam 4 petang hingga ke jam 12 malam. Apabila ribut mula menerjah sekitar jam 12 malam kami terpaksa balik memancing di Ko Walan. Pengalaman saya memancing di Adang selama lebih kurang 14 tahun, baru 4 atau 5 kali sahaja dapat memancing berterusan selama 2 hari 2 malam di Nok Kiau. Ini bermakna sekiranya anda Pemancing baru dan pertama kali memancing di Adang serta dapat memancing di Nok Kiau walaupun untuk 1 malam anda dikira bertuah.
Sebagaimana kebiasaan selama 14 tahun, saya terus menggunakan bot Sdr Imron Dat. Bagaimana pun kali ini beliau tidak ikut serta. Bot dikemudi oleh tekong baru iaitu Sdr Yusuf. Beliau masih baru dan agak kurang arif sikit cara-cara melabuhkan sauh pada lubuk pilihan dibandingkan dengan Imron. Yusuf akan ditugaskan mengemudi bot lama apabila bot baru Imron siap nanti. Pada pandangan saya Yusuf akan menjadi tekong yang baik dalam masa 1 - 2 tahun ini.
kPada trip kali ini ami berjaya mendaratkan 32 ekor jenahak dalam skala 4 - 6 kg, 2 ekor tenggiri 5 - 6 kg, nyiok-nyiok 2 - 3 kg dan lain-lain spesis. Raja Jenahak dianugerahkan kepada Mr. Rizal yang berjaya menaikan 9 ekor jenahak sekitar berat 4 - 6 kg. Semua ahli trip berjaya mendaratkan ikan. Bagi saya, trip ini dalam sekitar 70 % berjaya dari segi tangkapan. Seperti biasa spesis utama buruan kami ialah jenahak dan kerapu yang mempunyai nilai jualan yang tinggi.
Berikut adalah gambar-gambar yang dirakamkan oleh saya semasa trip ini. Saya menghadapi banyak masalah semasa upload gambar ke blog kerana masalah internet/stremyx .... lembab, sesungguhnya sangat lembab.
Dr. Anas .... Masak kari sedap GT bebudak tu.... Dr.Anas dan Pengerusi Ujis... Lebar senyum Pengerusi Ujis ni....Atas : MR. RIZAL....RAJA JENAHAK. Tangan dekor dia ni.
Jenahak...senyum...jika x, banyak songgehnya tua-tua ni... MAMU....Penang. Are u sleeping Mamu.....BARD. Sudah keluar dari pertapaanya... Permulaan yang baik di Nok Kiau sebelum ribut...
Sempoi..!! Best trip ni..tapi bukan Caom la yg pi..che D.O...hehehhe
BalasPadamSabaq la Bang Ali..nak upload laju kna pi cyber cafe la...hehehe..cerita Penang plak lpas ni...hehehe
BalasPadamWoooo. . . .Hoooo. . . Hoooooo, Gengiz Khan Monggolia dan Caoom pi pun sama juga. Double Trouble. . . He. . .He. . . Kita gempur Hin Deang 15/3 ni. Sapa byr dulu masuk trip.
BalasPadamkali ni xde boron ke bang ali? gambar hasil keseluruhan xde ke? geram woo dengar sampai 32 ekor jenahak..tahniah Asia team mmg hebat laa...
BalasPadamHang tak sekejam ituuuuuuuu..!! hang kata kita 'sahabat' bukan kawan...wohoho..hohoho...gelak Mongolia style..!! hehehe...nanti p Jarak aku bagi la...hehehe..ok..??
PadamSalam...TT, Rezeki kali ni hanyir dengan jenahak je. Boron 2 - 3 kg tak boleh masuk buku. Insyallah tunggu laporan trip Penang yang sedang diproses pulak. TQVM.
BalasPadamBard, tak apa asalkan Pengerusi kasi grentttttiiiiiii.
BalasPadamsalam otai2 ASIA....dr.shafie ni..terima kasih nor bagi pelung mancing di NoKiau....best2!!....kejadian tali 500meter hilang mcmtu dan frenzy GT mmg xbole lupa!!....bila mau pegi lagi??..booking nama untuk 3 tahun berturut2 bole??..hehe
PadamDr.Shafie, 15 - 18/3 nie kami pi lagi samada hin daeng atau nok kiau. Sebenarnya saya tengah rancang 1 trip ke nok kiau dgn Mr. Rizal tetapi dia dlm kesihatan yg x mengizinkan. Sepatutnya perbincangan lanjut akan diadakan semasa trip jarak 2 - 4/3 nie dgn dia. Tak apa bln nov dan dis kita ada 2 trip. Raya cina 2013 ada spesial trip ke phuket water dgn bot di Trang. Tlg majukan email u kat saya supaya dpt saya hntr jadual mancing 2012. Gambar u tu boleh diframekan noooo. TQVM.
PadamSalam perkenalan....saya Irwan. selalu geng2 saya dok layan tenggiri tuas ajer,boleh kata tiap2 bulan saya pi layan tuas..plan hujung bulan 3 nak pi nok kiau...kot2 ada tip boleh kongsi...saya boleh di hubungi di irwanomar@bmi.unikl.edu.my ataupun 013-4593003...kalau ada trip2 yang boleh saya join pun ok gak...sekian
BalasPadamIrwan, salam dan selamat melayari blog yg x seberapa ni. Ok, 15 - 18/3 nie memang ada satu trip kami ke Hin Daeng atau Adang, Nok Kiau. Trip utk 8 org. Kami masih kurang 1 org. Kalau rasa ada cuti dan sesuai masa sila call saya. Nii, selain tuas ada 1 bot tekong hamdi utk mcing 2 @ 3 mlm. Bot dia sama mcm bot adang. No hp tekong 013-4674363. TQVM
Padam