nuffnang

Jumaat, 25 Februari 2011

MENCANDAT - MENJALA SOTONG / CUMIT DI KUALA SALA. KEDAH.

Setelah banyak menceritakan kisah memancing ikan, kali ini saya ingin beralih topik pula iaitu kepada topik mencandat - menjala sotong/cumit. Bila sahaja kita memperkatakan berkenaan aktiviti mencandat sotong maka secara otomatik fikiran/ingatan kita akan fokus Trengganu ataupun Kelantan. Memang aktiviti ini agak sinonim dengan kedua-dua negeri tersebut. Tetapi kali ini saya ingin memaklumkan tapak mencandat sotong yang baru iaitu di Negeri Kedah. Aktiviti mencandat sotong telah mula menjadi satu aktiviti baru di Kedah semasa musim angin timur sekarang ini. Mungkin tidak ramai yang mengetahui akan perkara ini kerana ia baru bermula dalam tempoh 2 minggu lalu. Mencandat sotong diselangselikan dengan aktiviti menjala sotong oleh nelayan disini.

Khamis - 24/2/2011 tekong saya iaitu Pak Usop Jarum Mas yang
tinggal di Kuala Sala, Kedah telah memaklumkan kepada saya yang beliau sekarang menjala sotong di kawasan perairan Kuala Sala..... betul ke?. Setahu saya tak pernah saya dengar aktiviti menjala atau mencandat sotong di Kuala Sala. Ok....saya maklum kepada beliau petang nanti saya ke Kuala Sala untuk ikut beliau menjala sotong. Beliau berpesan supaya saya membawa peralatan mencandat sotong. Lepas sembahyang maghrib Pak Usop, saya dan anak beliau Zambri terus menaiki bot fiber kepunyaan beliau dan menuju kelokasi mencandat. Kami sampai dilokasi yang terletak lebih kurang 10 minit dari jeti Kuala Sala pada jam 8.00 malam. Genarator yang menjana lampu spotlight 1000 watt dihidupkan dan tidak sampai 2 minit setelah genarator dihidupkan sudah nampak kelibat sotong didalam air. Kami bertiga mencandat dahulu sebelum aktiviti menjala dilakukan.

Setiap 1 atau 2 jam masa mencandat ia diselangselikan dengan aktiviti menjala sotong. Setiap kali menjala hasil yang diperolehi adalah dalam 50 - 120 ekor sotong. Dari jam 8.00 malam hingga 7.00 pagi saya mendapat 7 kg sotong secara mencandat dan Pak Usop mendapat 70 kg secara menjala. Cukup lumayan pendapatan mereka. 70 kg sotong yang dijala mendatangkan hasil dalam Rm 700.00 untuk semalam kepada mereka. Jam 7.30 pagi kami bergerak balik ke jeti Kuala Sala. Untuk pengetahuan pembaca cara menangkap sotong sepertimana yang dipraktikan oleh tekong bot memancing di Pak Bara, Thailand tidak dibenarkan diperairan kita. Sebab itulah nelayan disini menggunakan cara menjala.

Bagaimanapun musim sotong ini dikatakan akan tamat selepas musin angin timur berakhir. Ini bermakna tinggal dalam 2 bulan sahaja lagi untuk menjala/mencandat sotong. Kepada pemancing yang nak merasakan aktiviti mencandat sotong bolehlah berhubung dengan Pak Usop Jarum Mas. No. HP beliau boleh diperolehi dari artikel saya berkenaan beliau dalam blog. Berikut saya paparkan beberapa keping gambar bagi tatapan saudara pembaca.


Saya dengan hasil candat.

Keselurohan hasil yang saya perolehi.

Zambri UJM

Hasil menjala kali pertama.

Pak Usop UJM dan anaknya Zambri.

Lumayan....


Umpan untuk jenahak ...bagaimana ?

Dah ngantuk dah....

13 ulasan:

  1. dasat giler main jala jek..

    BalasPadam
  2. Amboiiiiii guna candat YAMASHITA noooooo......

    BalasPadam
  3. TN.... tu..arrrr...nak tangkul macam kat siam menyalahi undang-undang. Jadi jala je.... dapat juga menjamin stok sotong tak habis noooo.

    Mizar... aku try 2 cara...
    1. guna udang hidup yang kena jala...x berapa menjadi.
    2. guna yamashita a. hijau ....sotong x mau makan langsung.
    b. guna yamashita besar pink ..3grm kot ...x berapa menjadi.
    c. guna yamashita kecil pink ...2.5 grm kot baru naik 7 kg sotong....

    Tak nak try ke....he...he...

    BalasPadam
  4. tumpang tanya, mesin baitcaster sesuai dipadankan dengan tali mono atau braided dan mengapa? TQVM.

    BalasPadam
  5. TN...pandangan saya sptmana yang telah diemailkan kepada saudara...TQVM

    BalasPadam
  6. Takde pon dapat emel bang? Salah alamat kot. emel saya aemintech@yahoo.com

    Yang saya tny pasal tekong pantai remis aritu pon tak dapat.Ingat abg x hantor..

    BalasPadam
  7. dah dapat emelnya, tq. Nak tanya lagi boleh? Ape beza mesin multiplier dengan baicast nih? Nampak macam sama jek? Saya mmg tak pernah guna, biasa main spinning jek. Dalam perancangan nak beli la nih.

    BalasPadam
  8. TN...alamak...dah jawap terlebih dahulu kat e-mail saudara. Jawapanya sptmana email tu la kot...setakat yang saya tahu la..

    BalasPadam
  9. 1st time saya tgk jala sotong nih masa turun kapal langkawi dgn Tekong Bang Mat tahun 2008.. mmg sempoi aktiviti nih..

    BalasPadam
  10. NPR...memang selama ni aktiviti menjala dibuat area Langkawi je. Tapi tahun ni baru nelayan area pantai sebelah Kuala Kedah & Kuala Sala kesan sotong ada kat area sini juga semasa angin timur. Sekarang ni dah berkurangan dan cuaca pun dah kurang elok dah. Angin dan hujan setiap petang. Tunggu tahun depan pula la.

    BalasPadam
  11. assalamualaikum...kt thailand diaorang guna kaedah macam mana nak tangkap sotong ni?

    BalasPadam
  12. TN....nak cerita panjang la...buat satu rombongan dan alami sendiri pengalaman disana. Cuba search kat internet....ada kot...

    BalasPadam

Sila Komen Disini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...