nuffnang

Ahad, 6 Februari 2011

RAKAN - PENGUSAHA JORAN

Syed Malik - Wajah Matang Dimamah Usia...... pengalaman banyak tuuuu.

Seringkali apabila kita hendak membeli joran / batang pancing kita akan kekedai menjual peralatan memancing untuk membelinya. Sebabnya, kerana memang ada joran yang dijual dikedai pancing. Namun selain dikedai pancing kita juga boleh membeli joran buatan tangan berkualiti tinggi yang dibuat oleh rakan-rakan pemancing yang berkemahiran tinggi dan berpengalaman. Bagaimanapun jumlah rakan-rakan yang mengusahakan pembuatan joran ini sangat kecil dan tidak dihebahkan kepada pemancing-pemancing. Untuk topik kali ini saya ingin mengutarakan dan memperkenalkan seorang kenalan yang mengusahakan pembuatan joran yang telah saya kenali dari zaman persekolahan lagi. Beliau telah memulakan perusahaan membuat joran sejak 20 tahun lalu. Kebanyakan joran buatanya ditempah dikalangan pemancing dari Kuala Lumpur, Johor Baharu dan Singapura selain dari rakan-rakan pemancing tempatan dari Kedah.

Tempahan joran boleh dibuat mengikut selera dan kehendak pemancing dengan mendapat pandangan daripada beliau. Kos joran bergantung kepada kualiti bahan yang digunakan seperti blank, guide, corak dan sebagainya.. Sekiranya menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi maka tinggilah harganya dan begitulah sebaliknya. Bagaimanapun harga joran buatan beliau sangat berpatutan, berkualiti serta mengikut corak dan warna yang dikehendaki pemancing. Bagi pemancing yang menggunakan joran 18 kaki yang mempunyai 4 sambungan, atau joran lain yang mempunyai 2 sambungan sekiranya sambungan joran bahagian hadapan patah dan sukar mendapat gantian saya syurkan tempahlah bahagian tersebut dari beliau. Saya sendiri sekarang menggunakan bahagian hadapan joran 18 kaki yang dibuat oleh beliau. Beliau membuat joran untuk popping, jigging, casting dan juga bottom. Dibawah ini saya catatkan butiran rakan saya itu dan juga beberapa keping gambar yang berkaitan. Kepada rakan-rakan pemancing yang berminat hubungilah beliau untuk sebarang pertanyaan dan juga tempahan. Semoga kita dapat membantu pengusaha joran bumiputra yang juga seorang pemancing tegar bagi mengembangkan perusahaan yang dijalankan. Sebagai pemancing beliau lebih mengetahui kehendak seorang pemancing dan sama-samalah kita memanfaatkan ilmu yang beliau ada .........

Beliau adalah .... SYED MALIK SIFULIZAN BIN SYED NOH SHAHABUDIN. Alamat : 311, Kampong Baru, Bakar Arang, 08000, Sungai Petani, KEDAH. No. Talipon : 012 - 4200454.
Anak Syed Malik juga berkebolehan membuat batang joran. Bapa borek, anak rintik.....

Antara deretan joran-joran yang ditempah pelanggan.
Cara betul untuk menguji joran...tarik kebawah dan bukan tolak kedalam.

17 ulasan:

  1. Saya nak tanya sikit la bang. Kalo main kat pulau jarak tu takat pakai mesin spinning boleh ke? kalau tak apa set sesuai yang dicadangkan? TQ

    BalasPadam
  2. Sebenarnya 'bangla' tu hanya teknologi baru untuk memudah dan mempercepatkan kita menaikan tangkapan tanpa bersusah payah.dulu2 kami pakai spinner shj. tapi bila kemajuan datang.... multiplier ada, pakai multiplier dan lepas tu bangla masuk maka pakai bangla pula. Perbandinganya basikal....motorsikal dan lepas tu kereta...ha...ha.... K...spinner pakai 6500 keatas kalao nak guna bottom dan multiplier guna 30 ibs keatas... TQVM

    BalasPadam
  3. selalu batu ladung ASIA Team beli kat kedai ke buat sendiri? Kalau nak beli saiz sampai 1500gm sebijik pon dah bape RM? Lagi satu nak tny ASIA Team ni mmg main bottom 100% ke?

    BalasPadam
  4. TN...
    1. Batu ladung sememangnya kami beli kat kedai. Harga dalam lingkungan RM 3-20 lebih sikit. Bergantung pada saiznya.

    2. Cara memancing yang paling produktif untuk memancing ikan adalah cara bottom fishing. ini sudah terbukti. Pelbagai jenis ikan yang boleh diperolehi. Bagaimana pun cara lain seperti popping, casting, jigging, drifting dan trolling kami praktikan juga. Bergantung kepada situasi dan masa memancing. Contoh : Jika GT tengah boilling maka cara popping akan dibuat. Bagi tenggiri pulak casting. Keutamaan kami ialah bottom fishing. Tetapi jika cara lain diperlukan maka kami akan laksanakan. Semasa trip memancing kami telah sediakan sekurang-kurangnya 5 jenis rod dan mesin iaitu... set bottom, popping, casting, jigging dan juga set candat sotong. Maknanya apa sahaja cara ikan yang masuk semua sudah tersiap sedia.

    BalasPadam
  5. Mmg mantap btol ASIA Team ni.. Bila la agaknya nak ader kelayakan tuk join...

    BalasPadam
  6. TN....tqvm...join dulu kerana kami tak memilih kawan...bila join sama-samalah kita belajar mancing...

    BalasPadam
  7. mmg teringin nak join..kalau kena ngan tarikhnya InsyaAllah..

    BalasPadam
  8. tn....K...SAYA AKAN MAKLUMKAN JIKA ADA TRIP BARU....TQVM

    BalasPadam
  9. Salam Asia Team...teman dari perlis ni...teringin nak join trip mancing laut/laut dalam saudara. boleh join ASIA Team x?

    BalasPadam
  10. Salam...Wellcome Saudara Rahim @ Kelemboy Utara,
    Join Asia Team ... bila-bila boleh kerana keahlianya adalah terbuka kepada sesiapa sahaja. Nak join trip memancing sangat-sangat dialu-alukan kerana dapat juga kami belajar ilmu memancing dari Saudara Rahim. Insyallah bila ada trip baru saya akam maklumkan. TQVM

    BalasPadam
  11. nak tya rod casting 6kaki berapa harganya.yg blh beraksi dgn ikan air laut dan tawar.dan ia lembut

    BalasPadam
  12. Salam Zul.... terbaik zul call abg syed malik terus. Maklum zul baca artikel dlm blog ni. Dari segi teknikal dia lebih maklum. Soal harga bincang terus dengan dia juga. TQVM...

    BalasPadam
  13. saya mau nanya kalau dipasaran joran dengan type lempar jauh untuk dipantai,seperti merk pioner panjang 14" (420 cm) dengan kekuatan sampai 36 lbs, apa bapak bisa membuat joran dengan kekuatan minimal sampai 80 lbs ?

    BalasPadam
  14. Sdt Boma303 .... Salam, saya mohon saudara contact terus Saudara Syed Malik di No. Telepon atau alamat yang telah saya berikan dalam artikel ini. Dapatkan email address beliau untuk menyenangkan perhubungan. TQVM.

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum.
    Bole tahu tak kat mana lokasi rumah abg Syed Malik. Kalau bagi lokasi coordinat "Google Maps" molek sangat ni. Terima kasih.

    BalasPadam
  16. Bole dapatkan lokasi rumah abg Syed Malik tak? Saya cuba cari "Kg Baru, Bakar Arang Sungai Petani Kedah", tapi tak jumpa. Kalau bole dapat koordinat "Google Maps", senang sikit. Terima kasih.

    BalasPadam
  17. Kepada sesiapa yang hendak menempah atau memperbaiki joran bole menalipon dan berjumpa abg Syed di:

    Google map:
    5.632521, 100.482511

    *bertentangan jalan/bangunan "Loo Nam Hung Tabacco Company"

    BalasPadam

Sila Komen Disini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...