Perancangan yang diatur bersama oleh Fadzil Tapah, Ali Alor Setar dan Fauzi DO Ipoh dalam bulan November 2010 bagi menganjurkan satu trip memancing disekitar perairan Pulau Jarak, Perak telah selamat diharungi dari 14 -16 Januari 2011 baru-baru ini.
Ahli Kumpulan ASIA TEAM ( Alor Setar Ipoh Angler Team ) yang mengikuti trip ini terdiri dari Fadzil, Man dari Tapah, Ali Alor Setar, Roslan Kepala Batas, Mr. Rizal, Dr. Anas dari Teluk Intan, Pengerusi Ujis, Badrul, Muzaffar dari Ipoh dan Apit dari Klang.
Khidmat tekong Peter LUMUT digunakan untuk trip ini bersama pembantu tekong Rashid. Fauzi DO yang sibuk mengatur trip bersama tidak dapat pergi kerana melancong ke Guilin, China. (Sebenarnya kerana terlalu gian memancing dia terlupa tarikhnya ke China sama dengan tarikh trip yang diatur). Tepuk dahi laaa.... abang kita niiii...
Bot bergerak dari jeti Lumut pada jam 3.00 petang dan kami mula memancing pada sekitar jam 5.00 petang. Tangkapan pertama pada trip ini diperolehi oleh Man Tapah dengan menaikan seekor ikan jenahak dan disusuli oleh saya dengan seekor kerapu dalam saiz 1.5 kg. Selepas itu bermulalah kerancakan menaikan ikan-ikan jenahak, kerapu dan gerut-gerut dalam skala saiz yang 2 hingga 4kg seekor oleh semua pemancing. Sekitar jam 8.30 malam satu rentapan kuat menarik hujung rod 18 kaki saya mencecah air dan tangkapanya adalah seekor kerapu boron dalam sekitar berat 15kg dengan nilainya RM 540.00. Saya menggunakan umpan seekor sotong kurita hidup untuk menjerat kerapu boron tersebut. Sememangnya diketahui sotong kurita hidup menjadi kegemeran ikan kerapu dan jenahak. Sekiranya ada ikan dilubuk yang dipancing maka umpan sotong kuritalah hidup yang akan menjadi pilihan ikan-ikan. Dari 5 ekor sotong kurita hidup yang saya guna 4 ekor disambar oleh 3 kerapu dan 1 jenahak.
Bila sahaja kerapu boron bersaiz besar dinaikan maka semangat semua pemancing seperti dicaj semula. Semua pemancing bergegas memeriksa umpan pada mata kail masing-masing. Saudara Bard mendapat sambaran kerapu kedua seberat sekitar 3 - 4 kg. Selepas itu semua pemancing berjaya mendaratkan ikan yang terdiri dari spesis jenahak, kerapu dan gerut-gerut. Ahli baru yang pertama kali menyertai trip ASIA TEAM sememangnya sangat dikagumi kesungguhan mereka. Tengah hujan pun Mr. Rizal, Dr. Anas dan Apit terus memancing. Orang muda.... masih segar bugar.... Kesungguhan mereka bertiga dibalas dengan kurniaan rezeki yang banyak. Mr. Rizal berjaya mendaratkan seekor tenggiri seberat 5 kg dengan kaedah bottom fishing. Tergamam beliau seketika memikirkan perambut yang digunakan tidak disambung dengan perambut dawai. Kalau rezeki takkan kemana. Mata kail terkena betul-betul tepi pipi sebelah dalam mulut tenggiri tersebut dan perambut berada diluar. Ini menyebabkan tenggiri tersebut gagal memotong tali perambut beliau. Meleleh air liur kawan-kawan melihat tenggiri yang dinaikanya. Lutut goncang woooo kalau tenggiri itu terlepas ...ha...ha.... Masak apa yang paling sedap ikan tenggiri tuuuuu.
Bila sahaja kerapu boron bersaiz besar dinaikan maka semangat semua pemancing seperti dicaj semula. Semua pemancing bergegas memeriksa umpan pada mata kail masing-masing. Saudara Bard mendapat sambaran kerapu kedua seberat sekitar 3 - 4 kg. Selepas itu semua pemancing berjaya mendaratkan ikan yang terdiri dari spesis jenahak, kerapu dan gerut-gerut. Ahli baru yang pertama kali menyertai trip ASIA TEAM sememangnya sangat dikagumi kesungguhan mereka. Tengah hujan pun Mr. Rizal, Dr. Anas dan Apit terus memancing. Orang muda.... masih segar bugar.... Kesungguhan mereka bertiga dibalas dengan kurniaan rezeki yang banyak. Mr. Rizal berjaya mendaratkan seekor tenggiri seberat 5 kg dengan kaedah bottom fishing. Tergamam beliau seketika memikirkan perambut yang digunakan tidak disambung dengan perambut dawai. Kalau rezeki takkan kemana. Mata kail terkena betul-betul tepi pipi sebelah dalam mulut tenggiri tersebut dan perambut berada diluar. Ini menyebabkan tenggiri tersebut gagal memotong tali perambut beliau. Meleleh air liur kawan-kawan melihat tenggiri yang dinaikanya. Lutut goncang woooo kalau tenggiri itu terlepas ...ha...ha.... Masak apa yang paling sedap ikan tenggiri tuuuuu.
Saya sangat-sangat berterima kasih kepada semua Ahli ASIA TEAM yang mengikuti trip ini diatas kerjasama yang sangat baik dan terpuji. Bagitulah kalau memancing satu kepala barulah rasa keseronokan memancing. Bagi semua yang mengikuti blog ini dipaparkan gambar-gambar yang diambil oleh saya dan Mr. Rizal. Bagi pengikut yang setia mengikuti bolg ini saya ucapakan selamat menyambut tahun baharu dan semoga kalian semua dimurahkan rezeki dan dianugerahkan Allah s.w.t kesihatan yang baik dan berpanjangan .....
Gambar terakhir joran berwarna merah yang dimasukan dalam blog ini adalah joran saya sepanjang 8' 6" yang ditempah dari kawan saya di Sungai Petani...Sdr Syed Malik. Beliau memang diketahui telah menjalankan kerja membuat joran buatan tangan sejak 20 tahun lalu dan banyak menerima tempahan dari pemancing tempatan, KL dan Singapura. Sesiapa yang berminat bolehlah mengemukakan pertanyaan dan tempahan.
Trip kali ini saya kategorikan sebagai berjaya...
BEST...!!! Kita tunggu report trip2 yang bakal menyusul selepas ni plak...harap2 ade trip yang pecah tong lagi..!!
BalasPadamSYABAS semua ahli trip...!!! Bleh turun bersama lagi ni..hehehe....
Ha...ha...ha.... bila ada ikan gelak macam tu... Gka tak ada ikan wuuakkk...wuuaakkkk.... OK...ASIA TEAM. Saya bercadang nak pi Adang/Nok Kiau dalam bulan April...Awal April kot. Nanti saya salurkan maklumat melalui e-mail masing-masing. Saudara Fadzil Tapah kabornya sedang sakit. Call dan tanya khabar dia wahai semua kawan-kawan. HP Fadzil..012-5898947
BalasPadamHahahaha...kalut jugak yer...tengok Tenggiri tu baru 5kg klu naik yang 15kg agaknyer..huru-hara bot..
BalasPadamApe2 pun BEST trip ni..lain kali klu sape2 kna ikan besar kita shoot video...hehehe...mcm le aku yang nak shoot...
Kekalutan dalam bot mancing hari tu adalah kerana kalut mancari gancu. Ntah letak merata-rata atas bot. Kawan-kawan pula bila ada yang teriak minta gancu lambat sangat respon....Trip hadapan kena bawa juga gancu sendiri standby kat belakang. Kalau tenggiri tu putus hari tu mau menangis Mr Rizal tu... OK..kalau ikan kaw-kaw kena nanti aku akan shoot video terus pasal hang yang kena boron laaaa.... Baru syok tengok...
BalasPadamKlu rajin kat UAT pun ada..bleh tengok..hehehe
BalasPadamhttp://utaraanglers.com/board/viewtopic.php?f=133&t=2036
Nak masuk Tpoic kita kat UAT minta izin DR.BARRA dulu. Kalau Tok Penghulu tu izin tak apa la. Kalau dia murka hang sendiri kena jawap. Apa pun semuanya untuk bacaan dan pencuci mata semua pemancing se Malaysia....Hero Malaysia...????
BalasPadamTahniah ASIA Team. Memang hebat!
BalasPadamTerima kasih pada Tanpa Nama.....Tok Sah lah berselindung lagi oiii.... Bagaimanapun itulah rezeki kurniaan Illahi berkat kesabaran dan kesepakatan. Jom join sekali dengan ASIA TEAM... u are most wellcome... betui tak Bard...
BalasPadamwahh..
BalasPadamdasyat la..
npe vdeo cik ali dpt boron xde ?/
heehe
Bagitu leee nasib jurugambar niii...Gambar sendiri selalunya tak ada, apatah lagi video. Next trip saya akan cuba sedaya upaya ambil video bilamana saya dapat ikan...he...he...jangan lupa klik iklan dibawah nuuuu...bila sahaja ia muncul...TQVM...
BalasPadamhehe..
BalasPadamnmpk mcm kukuh rod wrne merah 2..
nnt klau arif nk order blh tak??
2 mnggu lg nk turun p9..
klau blh, doakn la sy dpt rezeki ye cik ali...
hehe..
TQVM...
nantikan lepas raya cina saya akan masukan artikel dan gambar joran-joran buatan tangan Sdr Syed Malik...
BalasPadamBukan taknak join tapi saya ni pemancing level bawahan jek.. segan lerr... set pon tak mantap caner nak ikut..
BalasPadamElok leerr tu boleh join dengan kami pemancing amatur. bolehlah sama-sama kita belajaq...
BalasPadamklu macam ni punya hasil pon cakap amatur ke bang? haha!! ini lain macam punya merendah diri.. InsyaAllah klu ader rezeki nnt kita jumpa.
BalasPadamTN... rezeki Allah tu...yg penting tgk pegerakan air sebelum pi mancing...cuaca lagi penting. apa pun belajar dari kwa-kwn dan jika depa tak mau ajar curi-curi belajar. Jom Mac 2011 ikut pi tukun perak..
BalasPadambang boleh ke buat post peralatan yang kita mesti ada untuk follow trip ke laut dalam.. contoh jenis & saiz perambut, mata kail, mesin, batu ladung dll..
BalasPadamTN...nak buat post peralatan laut dalam ni yang saya segan niiii.... silap bagi kena komen dgn pemancing pro lak.. bagaimana pun saya cuba berikan setakat atau ikut tahap level saya je...
BalasPadam1. Mesin/Kekili.
a. Daiwa MT 500, 750 atau 1000,Command, x4hp,Command 5,6 dah cukup dah. Atau yg termurah sekarang bannax kagen.
b. Multiplier Manual la nuu...dalam kekuatan 30 - 50 ibs - 2 speed.
2. Tali utama - braided 100 - 80 ibs, power pro dan berkley yang sentiasa saya gunakan dan terbukti kekuatan dan ketahananya. 3. Perambut Asso , Akomoto atau yang baik berkley trilene antara 80 - 100 ibs.
4. Matakail VMC, Owner, Gamakatsu - saya selalu pakai circle hook. Siang matakail no 3 - 4 dan malam no. 5 - 6.
5. Swivel/Snap lock swivel - 80 - 150 ibs - Rosco atau berkley.
6. Appolo apa-apa jenis - size 16 -18.
7. Batu ladung - 420, 520, 700, 800, 1000, 1500 grm. Bawa le yg kecil sikit.
8. Life Jacket - Laxas Rm 90-100, Berkley Rm 460 -500 dan Rapala Rm 350-400. Jangan sayang duit untuk membeli life jacket. Keselamatan mesti diutamakan.
9. Pisau utk potong umpan. e.g - kembong.
10. Gunting untuk potong/reja cumit/sotong.
Atau lain-lain keperluan yang rasa diperlukan.
11. Rod perlu yang dapat menanggung berat batu ladung dan berat ikan yang dikail. dapatkan pandangan dari kedai pancing atau kawan saya sptmana artikel terbaharu .... Syed Malik..
Saya rasa setakat itu sahaja dah mencukupi untuk ikut trip memancing laut dalam... TQVM.
TN....satu benda lagi saya lupa catat iaitu ...Tanduk/Steel Leader. Sebaiknya yang panjang l/k 2 kaki kot.... TQVM
BalasPadamaduhai..part nak kena beli bangla tu yang gigil tu bang. set yang ader pon suma spinning jek.. kalo multiplier tu diganti ngan set spinning mmg xleh ke? anggaran abg la kalo mmg takde langsung set2 seperti yang dinyatakan di atas berapa kos yang perlu saya keluarkan tuk beli kelengkapan ni suma? tq sifu.
BalasPadamKalo nak guna spinner utk main bottom guna le yg 6500 keatas. Ada power sikit. Ata pun cari multiplier OKUMA ke yg dalam 15 - 30 ibs. Nak lengkap sekali gus barang2 mancing x masuk mesin mau Rm 3 - 4 ratus juga, sebaiknya beli yg perlu dulu kemundian pelan2 tambah.... TQVM
BalasPadamsalam bro,tgk blog nih stim arrr ..klu de trip nak join arr bole ker..mna arr tau nnt ada yg x jadik pegi sy nak follow .my contact number 0192333186 kirman
BalasPadamKirman... insyallah jika ada yg tak dapat pergi bagi trip-trip yg dah diatur saya akan maklumkan segera kepada saudara. Bagitu juga sekiranya ada trip baru yg akan diatur. TQVM atas kesudian untuk ikut trip kami... TQVM.
BalasPadam