nuffnang

Khamis, 30 Disember 2010

PERAIRAN ADANG / NOK KIAU PULIH KEMBALI.... ???

Perancangan untuk menjengah Perairan Adang/Nok Kiau dibuat 4 bulan lepas bertujuan menghilangkan kerinduan pada kecantikan dan keindahan Kepulauan Adang yang telah lebih 1 tahun tidak dijengah. Sebelum tsunami melanda Kepulauan Adang adalah spot memancing wajib bagi ASIA TEAM. Sekurang-kurang 6 - 7 trip memancing diatur dalam setahun. Selepas tsunami melanda trip memancing ke sana hanyalah sekadar untuk menghilangkan kerinduan kepada kepulauan itu sahaja. Memancing sambil makan angin.... nak sedapkan hati kotttt........

Trip terbaharu dari 24 - 27 Disember 2010 diatur sebagai penutup kalender memancing 2010 bagi ASIA TEAM. Tempahan bot Tekong lama kami IMRON DAT dibuat pada bulan September 2010. Sepatutnya seramai 8 orang pemancing mengikuti trip ini tetapi 2 pemancing dari Kuantan dan Kuala Lumpur menarik diri 2 hari sebelum tarikh bergerak dengan alasan masing-masing. Kadang-kadang jemu juga dengan alasan pemancing yang tarik diri pada saat-saat akhir ini. Sepatutnya jika tarik diri pada saat-saat akhir bayaran penuh perlu dibuat. Tapi sifat manusia...siapa yang nak bayar penuh jika tak ikut trip. Cakap mula semasa nak ikut trip berapi-api macam semburan naga sakti. Lepas itu senyap sepi...... Maka tinggalah 6 pemancing meneruskan perjalanan pada 24 Disember 2010 iaitu Saya (ali), Alor Setar, Cikgu Ujis, Cikgu Bard, Fauzi@DO, Cikgu Besar Caom ( Ipoh) dan Mizar (Penang).

Kerana tinggal 6 orang sahaja, maka poket saya terpaksa dikoyakan untuk menampung bebanan 2 pemancing yang tarik diri tersebut. Bagai
mana pun alhamdullilah 5 orang pemancing yang ikut sanggup membuat tambahan wang walaupun ada yang merungut. Ingatlah kalau sama-sama nak seronok sama-samalah tanggung. Kalau tak sanggup bantu membantu ikutlah pakej komersial yang ada dengan bayaran RM 570 seorang untuk 8 orang atau RM 450 seorang yang membawa antara 10 - 11 orang pemancing. Pilihan ditangan masing-masing. Dimasa hadapan saya rasa Deposit RM 200.00 perlu dibayar sebaik sahaja tempahan dibuat dan bayaran penuh perlu dijelaskan 2 minggu sebelum tarikh bergerak. Jika gagal ganti sahaja dengan pemancing lain. Deposit rampas...... Berbalik kepada trip pancing.... kami mencari umpan pada 24 Disember malam sampai 6.00 pagi. Selepas itu terus bergerak ke Adang dan pancing apollo untuk mencari lauk untuk makanan tengahari. Cukup sahaja lauk tengahari dikumpul tekong terus menggerakkan bot ke Lubuk Nok Kiau. Bermula jam lebih kurang 7 malam sambaran jenahak bermula...... lepas satu rod, satu rod pula jenahak...... jenahak...... jenahak........ jenahak..... rezeki Allah swt. Hingga kepagi hari masih ... jenahak... jenahak... jenahak dan sekali dua diselangi dengan kerapu. Dalam 1 malam itu sahaja di Nok Kiau kami berjaya mendaratkan lebih kurang 55 ekor jenahak yang benilai ribuan ringgit. Saiznya antara 3 - 6 kg seekor. Sekiranya tangkapan sebagini berterusan saya anggap Kepulauan Adang dan Nok Kiau sudah pulih dari kesan tsunami. Cuma carilah tekong yang betul untuk memancing disana.....insyallah....... saudara-saudara akan memperolehi rezeki......

Gambar mempunyai 1001 cerita. Dari itu saya paparkan gambar-gambar semasa trip memancing itu untuk tatapan saudara-saudara sekelian.... Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan pengikut yang mengikuti blog saya yang tak seberapa ini. Namun saya rasa ia dapatlah sedikit sebanyak menghilangkan rasa gian memancing saudara-saudara.......




Pemancing ASIA TEAM - 6 orang je yg ikut trip ini .......
Kiri ..>> ali, ujis, mizar, fauzi, caom & bard.







































































































































































































































































































































11 ulasan:

  1. Badrol Hasni Abdullah Sani31 Disember 2010 pada 6:29 PTG

    Syukur Alhamdulillah sampai gak hajat nak meruntun ikan d Nok Kiau..setelah 2 kali trip sblm ni hampa tak dapat k Nok Kiau dsbbkan faktor cuaca...

    Mane2 salah silap tu kita kira 0-0 la bang Ali.. jangan ambik hati...sama2 dah TUA..!! Nanti tak dapat ikantak seronok..memancing kna HAPPY betul tak..?? hahahahha...

    Jiwa kacau..!!! Jiwa Laraaaaa...tapi bila meuntun ikan ngan kengkawan..semua hilang..!!

    BalasPadam
  2. Badrol Hasni Abdullah Sani31 Disember 2010 pada 9:04 PTG

    Aku ada share laporan n gambo ni kat Utaraanglers..bleh la klu nak layan..kamera caom n hang punya campur2..hehehe..TQ..

    http://www.utaraanglers.com/board/viewtopic.php?f=133&t=1994

    BalasPadam
  3. Sdr Bard.....bila dah tua ni kita kena cari dan jadilah SAHABAT dan bukanya KAWAN. Kalau sahabat ringan sama dijinjing dan berat sama dipikul. KAWAN pula ringan sama dijinjing berat hang pikul le sendiri. Zaman sekarang ni banyak yang suka makan jasa tetapi banyak juga yang tak kenang jasa... Dari itu bersahabatlah kita....Seronok mancing dengan Sdr. Biar Jiwa kacau atau jiwa lara atau *** tak dak.... bantu membantu Sdr hulurkan juga. TQVM...jumpa trip 14 - 16 Januari 2011 nanti.......

    BalasPadam
  4. Badrol Hasni abdullah Sani2 Januari 2011 pada 5:23 PG

    Stok ikan d Nok Kiau telah kembali pulih kesan selepas tsunami n pencerobohan bot2 pukat tunda juga d kenali sebagai 'bot merah'...semoga stok ikan ini akan terus kekal n bertambah pada masa akan datang..dan terus menjadi lubuk idaman setiap pemancing untuk menduga lubuk2 d Nok Kiau ini...

    BalasPadam
  5. K...bot-bot naga merah tu sebenarnya tidak dapat menceroboh seluruh muka bumi di Nok Kiau kerana rupa bentuk dasarnya yang berbukit atau bergunung ganang kot. Banyak spot yang masih selamat tetapi apa yang terjadi mungkin ikan-ikan akan bersifat pasif kerana bunyi yang kuat dari rantai besi dan plate besi yang ditarik oleh bot naga merah tu. Seperkara lagi Pulau Adang dijadikan base tetap naga merah ni...dari masak memasak hinggalah mengisi minyak diesel dilakukan disitu. Kemungkinan tumpahan minyak diesel dan buangan minyak masak serta minyak injin besar kemungkinan akan mengakibatkan terjadi pencemaran. Ini dapat kita lihat dengan tiadanya GT di Nok Kiau. Sdr Mizar pada malam kita memancing di Ko Walan telah mengesan tumpahan minyak diesel. Sebab itulah malam di Ko Walan tak bagitu produktif semasa kita memancing....wuallahualam....

    BalasPadam
  6. Badrol Hasni Abdullah Sani3 Januari 2011 pada 5:22 PG

    Tahniah saudara Ali..dah semakin bertambah pengikut blog ni dari sehari ke sehari.. InsyaAllah akan bertambah ramai sekiranya lebih bnyk laporan2 n info pancing yg diuploadkan..berserta gambar2 yg menarik..

    BalasPadam
  7. Tu arrr...Ahli ASIA TEAM je yang belum jadi pengikut. Yang depa nak gambar mesti keluar blog. Kita buat syarat jadi pengilut baru keluar gambar. Sepekara lagi MINTA AHLI ASIA TEAM KLIK DAN BUKA SEMUA ADS YANG TIMBUL KAT BLOG. baru ada pendapatan dan dapatlah aku beli MILD SEVEN nak sengkangkan mata menulis artikel mancing...he...he...

    BalasPadam
  8. ikan yang dapat tu dijual ke bwk balik bang?

    BalasPadam
  9. Kebanyakan dijual dan bawa balik 4-5 ekor sahaja. Mana larat nak makan. Anak bini pun dah jemu. Ikan terpilih sahaja bawa balik dalam size 1-2kg.

    BalasPadam
  10. Kalau tgk kat youtube ngan blog2 lain, nampaknya trip asia team yg dpt paling byk ikan. trip2 lain tu sedih jek tangkapannya. ape rahsianya? hehe..

    BalasPadam
  11. TN...terima kasih atas pujian saudara. Itulah keadaanya jika Allah limpahi rezeki kepada makhluknya. Bagaimanapun startegi kita kena atur. Kerajinan memancing wajib ada. Tapi bukan kerajinan tidur. Bacaan air sangat penting dan sewaktu ikan tak aktif kita kena aktif tidur dan sewaktu ikan aktif kita tak boleh aktif tidur. Ingat depa beli ikan kat pasar kot...he...he... nain-main je noooo... Adakalanya kurang ikan juga... rezeki..

    BalasPadam

Sila Komen Disini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...