nuffnang

Sabtu, 26 Jun 2010

Trip Mengejut Ke Kapal Batik & Kapal TV

Hari Khamis - 24 Jun 2010, Jam 6.00pm semasa saya dan Pak Long Bri sedang dok pekena Kopi dan Bubur digerai G, Batu 2, Jalan Langgar....Alor Setar, tekong bot Kuala Sala USUP JARUM MAS (UJM) call HP saya dan memaklumkan yang dia, Mat (awak2), 2 orang anak beliau iaitu Zambri dan Ady serta seorang kawan anak beliau akan keluar memancing kelokasi Kapal Batik dan Kapal TV pada jam 9.00pm malam tersebut. UJM mengajak saya serta Pak Long Bri untuk menyertai beliau. Saya maklumkan kepada beliau yang kami akan berbincang sekejap....ayat punya ayat Pak Long Bri kata Ok...... kita ikut.

Kami terus balik untuk mempersiapkan alatan mancing serta membeli sedikit makanan dan jam 8.30pm Pak Long sampai dirumah saya dan terus kami menghala ke Jeti Kuala Sala. Jam 10.30pm UJM mengemudi bot kearah lokasi pertama iaitu Kapal Batik. Cuaca malam itu agak kurang baik untuk mancing dengan sedikit hujan turun tetapi alun ombak agak ganas setinggi 1 - 1.5 meter. Angin dalam lingkungan 20 - 30 km/jam. Kami sampai di Kapal Batik jam 3.15am dan terus memancing disitu. Mungkin kerana alun yang kuat sehingga ke jam 4.00 petang maka hasil yang diperolehi sangat menghampakan. Pak Long Bri sudah tewas kerana dibadai alun ombak yang agak kuat itu.

Jam 4.00pm -25 Jun kami bergerak menuju ke Kapal TV dan tiba dilokasi jam 6.00pm. Alhamdullilah, cuaca sudah pulih dan mulai jam 8.00pm ikan mula membaham umpan yang dihulurkan. Dimulai dengan asakan Ikan Berangan selama 1/2 jam dan diikuti oleh Ikan Jenahak dan akhirnya Ikan Pelotan serta Ikan Gerut-Gerut.

Jam 5.00am - 26 Jun kami bergerak pulang memandangkan Hari Jumaat dan tiupan angin makin kencang serta alun ombak makin membesar. Kami sampai di jeti
Kuala Sala jam 10.30am. Walaupun hanya memancing selama satu setengah malam tetapi hasil yang diperolehi hanya pada malam kedua sahaja. Hasil trip mengejut ini bagi saya sangat memuaskan.

Sekiranya anda merancang untuk memancing diperairan Kawasan Utara maka saya syurkan cubalah guna bot Usup Jarum Mas. Tempah terus dengan beliau di talian : 019 - 5631510. Saya berani syurkan bot UJM kerana saya telah pergi memancing dengan beliau sebanyak 3 kali dan semuanya membuahkan hasil yang sangat lumayan. Bot beliau boleh membawa pemancing seramai 8 orang. Sepekara lagi kedudukan jeti LKIM sangat selesa untuk turun dan balik dari memancing kerana jaraknya hanya 15 meter dari tempat memunggah barang dari kenderaan.

Tatapilah gambar hasil yang perolehi serta lain-lain gambar yang sempat dirakamkan .


Bot Usup JM
























Gunung Jerai















Hasil Tangkapan Ikan Saya.

















Hasil Tangkapan Usup JM Berlima.









Jeti LKIM Kuala Sala - Selesa Untuk Turun & Balik Memancing. Jarak Jeti Dari Tempat Punggah Barang Dari Kenderaan Hanya 15 Meter.


Khamis, 17 Jun 2010

Trip Yang Tidak Patut Dilupakan....

Trip Yang Tidak Patut Dilupakan.....

Pada bulan Januari 2010 - Jo Ark @ Jo Hulk (BSN Alor Setar) telah menganjurkan satu trip memancing ke Perairan Kepulauan Adang, Thailand. Trip tersebut selama 4hari 3malam. Dari mula perancangan untuk menghimpunkan pemancing seramai 8 orang menimbulkan masalah. Maklumlah perairan Adang sekarang ini kurang stok ikanya. Jadi minat pemancing kesana mulai menurun. Namun akhirnya setelah diajak dan dipujuk dapat juga beliau kumpul 8 pemancing dari Pahang dan Alor Setar.


Dari malam pertama memancing tangkapan tidak memberangsangkan langsung. Hanya keindahan kepulauan Adang sahaja menj
adi pengubat duka. Macam-macam dipersalahkan dan yang menjadi sasasar utama ialah Tekong Bot kesayangan Jo Ark iaitu MAT ONTONG. Namun dipagi hari pada hari terakhir memancing keceriaan mengganti kedukaan. Semasa minum pagi Jo Ark telah menggantikan umpan pada joran Pak Sheikh dan menurunkan mata kailnya. Selang beberapa minit sentapan yang kuat telah membuat alarm mesin Shimano 2 speed tersebut menjerit dengan kuat. Tali dari mesin terus keluar dan drag diketatkan dan bermulalah pertarungan dengan ikan besar yang tidak diketahui spesisnya selama lebih 40 minit. Joran bertukar tangan beberapa kali dan akhirnya seekor Marlin dalam lingkungan anggaran berat 120kg berjaya didaratkan. Satu rezeki kurniaan Allah s.w.t yang tidak diduga dengan berkat kesabaran pemancing.

Dipaparkan gambar-gambar yang menjadi memori indah trip ini....


Mat Ontong Tekong Kesayangan JO HULK

Selasa, 15 Jun 2010

Bot Pancing Kuala Kedah - TRIP 2-3/7/2010

Satu trip melayan tenggiri telah dirancang pada 2/7/2010 hingga 3/7/2010. Trip kali ini akan bergerak dari Kuala Kedah ke Kapal Batik dan Kapal TV dengan menaiki sebuah bot yang baru ditemui. Layanan tenggiri ditetapkan pada siang hari sepenuhnya. Manakala pada malam hari aktiviti memancing bottom dan jigging akan dilakukan.

Trip kali ini akan disertai oleh 8 orang pemancing iaitu (Ali @ aleey61 - FELDA, Aimmy MARA, Cikgu Din Pendang, Jat Perodua, Zan Emas, Mat Library, Jo Ark @ HULK dan Pak Long Bri).

Kami dijadual bergerak pada jam 9.00 pagi pada 2/7/2010 dan pulang jam 5.00 petang pada 3/7/2010. Trip ini bergantung pada progress kerja-kerja pengubahsuaian bot kerana bot yang akan digunakan masih dalam kerja pengubahsuaian. Sekiranya bot tidak sempat disiapkan pada tarikh tersebut maka satu tarikh lain akan dikenalpasti.

Dipaparkan gambar-gambar bot yang akan digunakan nanti :

Ukuran bot ini lebih kurang 16 kaki lebar x 55 kaki panjang.




Kerja-kerja ubahsuai.

Sabtu, 5 Jun 2010

ROMBONGAN KE KAPAL BATIK DAN KARANG 250

Oleh : Mohd Sayuti

Lebih kurang sebulan perancangan dibuat, trip memancing ini telah diatur pada 3/6/2010 hingga 5/6/2010. Trip dirancang untuk perjalanan ke Kapal Batik, Kapal TV, Karang 250, Tukun Azizan dan Kapal 33.
Sebanyak 8 orang pemancing untuk perjalanan kali ini dan anggota yang dipilih ialah Bidin, Gie, Alias MADA, Pak Long Bri, Zan Emas, Jat Emas, MatSayuti dan Aimy MARA. Saudara Ali (aleey61 ) terpaksa menarik diri kerana keuzuran ibunya.
Seminggu sebelum bergerak tekong memberitahu perjalanan dipercepatkan ketarikh 2/6/2010 pada pukul 12.00 malam dan pulang pada 5/6/2010 pada pukul 8.00 pagi. Apabila diberitahu semua anggota bersetuju dan kami bergerak bersama Tekong Usup Jarum Mas di Jeti IKLM Kuala Sala.
Perjalanan dari jeti Kuala Sala memakan masa hampir 4 jam dan lokasi pertama ialah Kapal Batik, hasil yang diperolehi menggalakkan, kemudian kami berpindah ke Karang 250 dan memakan masa hampir 2 jam. Di padang ini hanya seekor gelama yang di perolehi dan kami berpindah ke Kapal TV. Lokasi ini memberi 4 ekor Pelotan dan seekor Tetanda.
Pada pukul 10 malam 3/6/2010 kami bergerak ke Kapal Batik dan mencari hasil di padang ini hingga pukul 2 petang 4/6/2010. Sepatutnya kami bergerak balik pada 5/6/2010 tetapi terpaksa bergerak pulang awal ke Jeti Kuala Sala pada 4/4/2010 disebabkan bekalan ais yang dibawa tidak mencukupi dan tong ikan telah penuh semuanya. Tiada ada gambar diambil semasa kami memancing kerana semua pemancing tidak mahu membuang masa mengambil gambar kerana sibuk melayan tenggiri yang tak henti-henti membaham umpan yang dicasting. Antara gambar yang dapat diambil setelah tiba di rumah adalah sepertimana berikut untuk tatapan anda semua ............................






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...