nuffnang
Khamis, 1 Oktober 2009
Cuaca...Pancing...Cuaca...Pancing
Suasana Nyaman & Tenang DiLautan.
Gempa Bumi, Tsunami, Angin Kuat & Alun / Ombak....
Dalam 1 minggu ni sibuklah pemancing membincangkan fenomena alam yang berlaku di Samoa dan Padang Indonesia. Apa rasa ? ...cuak juga nu. Tapi kita harus mengetahui bahawa bagi fenomena gempa bumi dan tsunami tempat yang paling selamat apabila kejadian ini berlaku adalah dilaut dan kawasan tinggi didaratan. Kawasan yang tidak selamat adalah dipersisiran pantai. Justru para pemancing jangan fobia sangat dengan gempa bumi dan tsunami ini.
Apa yang perlu dirisaukan oleh para pemancing adalah angin ribut dan alun / ombak yang kuat. Adalah perlu apabila satu-satu trip memancing diatur tinjaulah keadaan cuaca dilautan yang berkaitan dengan keadaan angin dan ombak. Jika kekuatan angin menjangkau 30 - 40 km/jam dan ombak melepasi paras 2mt keatas eloklah dibatalkan sahaja trip yang telah dirancang tersebut. Tangguhkan kesatu tarikh dimana cuacanya lebih baik. Keadaan cuaca yang membenarkan kita memancing dengan bot besar adalah dalam sekitar angin 20 -30 km/jam dan ombak antara 1 - 1.5mt. Jika lebih dari paras yang diberikan siap sedialah untuk membuat tukun-tukun dilaut.
Apabila mengikuti trip memancing pastikan keselamatan diutamakan tanpa kompromi. Pastikan semua pemancing membawa Jaket Keselamatan. Laburkan wang sedikit untuk membeli jaket yang mahal dan dapat bertahan lama. Lupakanlah jeket yang berharga laman lingkungan RM 30.00 kebawah. Namun lebih baik ada daripada tak ada. Ingin saya ingatkan botol-botol air mineral yang kosong jangan dibuang dalam laut kerana pembuangan dalam laut mencemarkan laut kita. Adalah baik sekiranya dibuang dalam plastik sampah yang disediakan. Ada kegunaan ia..... bagaimana ?... Dalam keadaan cuaca yang tidak baik atau jika apa-apa tragedi berlaku selain jaket keselamatan, botol-botol air mineral kosong yang bertutup dapat digunakan sebagai pelampong atau tambahan untuk memanjangkan hayat jaket keselamatan. Masukan 2 -3 botol kedalam jaket keselamatan dan kita insyallah akan dapat bertahan lebih lama terapung. Bagitu juga kita perlu memikirkan alternatif lain seperti tudung tong ikan. Ia juga sangat berguna dalam menghadapi tragedi. Juga pastikan kiata membawa bersama tali yang panjang dan kuat dimana kita dapat mengikat botol-botol dan tudung tong ikan sepaya menjadi lebik banyak dan kuat serta lebih besar. Dapatlah ramai pemancing bergatung kepadanya. Tali yang banyak dan panjang juga sangat perlu untuk ramai pemancing memegangnya bagi mengelakan kita terpisah. Juga pastikan kita sama-sama memastikan semua kawan-kawan ada bersama-sama kita. Jangan panik, jangan lupa menenangkan kawan-kawan dan yang maha penting ingatlah Allah swt. Berserah dan berikhiarlah kerana dia tidak pernah melupakan makhluknya.....
Lain peralatan yang perlu dan mudah didapati adalah lampu suluh kalis air. Ia sangat berguna pada waktu malam untuk menarik perhatian penyelamat. Perlu dingatkan juga sekiranya berlaku kecemasan yang serius dan perlukan bantuan penyelamat sila gunakan talipon bimbit untuk menghubungi 112. Panggilan nombor kecamasan 112 dapat dibuat walaupun dikawasan yang tiada liputan talian. Panggilan ke nombor tersebut akan disambungkan oleh satelit ke Pusat Kecemasan seperti 999 di Malaysia atau kawasan yang terdekat. Banyak lagi cara-cara ikhtiar hidup yang dapat kita fikirkan bersama. Dari itu pemancing-pemancing yang mempunyai idea-idea yang bernas bolehlah memberikan pandangan masing-masing.
Sekiranya anda hendak meninjau atau memantau keadaan cuaca silalah kelaman web berikut bagi Malaysia dan Thailand. Semoga ia dapat membantu saudara-saudara mengatur trip memancing atau pergi memancing dengan selamat dan mengembirakan.
Pancing...Pancing...Pancing...Pancing adalah satu aktiviti sihat....dan amat menyihatkan minda dan badan anda....dari itu pancing, pancing dan pancinglah selalu...
http://www.met.gov.my/index.php?lang=malay
http://www.tmd.go.th/en/
Label:
Ikhtiar Hidup Pemancing
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila Komen Disini