Disajikan gambar-gambar semasa memancing di Perairan Andaman.
Memancing diperairan Andaman terutama disekitar Ko Rawi, Ko Lipe dan Ko Adang menjamin satu kedamaian dan keseronokan. Apatah lagi sekiranya dapat memancing dan bermalam di Nok Kiau...lubuk ikan. Saya tidak pernah jemu-jemu kesana untuk memancing. Bagi mereka yang mempunyai kesabaran atau ingin menguji tahap kesabaran anda samada tidak sabar, tahap biasa atau tahap wali silakan ikuti trip memancing 4 hari 3 malam disana. Juga bagi mereka yang sabar dan inginkan ketenangan jiwa hanyirkanlah diri anda dengan aktiviti memancing.
Kerinduan kepada sahabat-sahabat yang sama-sama mengharungi samudera hanya akan terubat pada setiap kali turun memancing bersama-sama. Terima kasih saya ucapakan kepada sahabat-sahabat saya di IPOH Pengerusi Ujis, Caom, Fauzi, Pak Leh, M.Sri, Badrul... Kehadiran sahabat-sahabat saya ini mengikuti trip memancing bersama saya sangat-sangat saya nantikan dan harapkan. Keceriaan kami bersama sukar dilupakan dan akan menjadi memori saya sampai bila-bila....

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila Komen Disini