Tarikh 3 hingga 5 Februari 2012, adalah satu satu tarikh yang telah siap tercatat dalam aktiviti kalender memancing sepanjang tahun 2012. Trip memancing bagi bulan Februari adalah di perairan Pulau Pinang. Dalam tahun 2012 terdapat 14 kali trip memancing yang telah siap diatur dan tempahan bot juga telah dibuat. Ini belum termasuk trip-trip mengejut yang akan disulam kemundian bila sahaja ada kelapangan.
Bagi trip memancing di perairan Pulau Pinang ini ahli yang tutut serta adalah :- Ali, Ujis, Bard, Mr.Rizal, Aimmy, Pak Long Bri, Halim dan Khalid. Bot bergerak pada jam 2.00 petang dan tiba dilokasi pertama memancing pada jam 4.00 petang. Seterusnya kami berpindah randah dari satu lokasi ke satu lokasi sehingga sampai kelokasi terakhir yang terletak 6 jam perjalanan dari jeti bot. Pada setiap lokasi yang disinggah pasti ada sahaja ikan didaratkan tidak kira siang atau pun malam. Bagitu juga semasa perjalanan balik dari lokasi terakhir hinggalah sampai ke jeti bot. Sekiranya kurang produktif disesuatu lokasi Tekong Ah Sing akan segera memindahkan bot kelokasi baru. Rajin tekong ini.
Pelbagai spesih ikan berjaya didaratkan oleh kami sepanjang trip memancing kali ini. Malangnya dalam kesibukan memancing dan mendaratkan ikan banyak aksi yang tidak sempat dirakamkan oleh saya termasuk gambar saya sendiri yang mendaratkan kerapu boron. Rezeki pada trip ini diketegorikan sebagai sangat berjaya. Bagaimanapun saya sajikan tuan-tuan dengan beberapa keping gambar yang sempat saya rakamkan.
Mr. Rizal Asidi selamat menjalani prosedur perubatan jantung dan sekarang beliau telah sihat. Insyallah jika diizinkan Allah beliau akan menyambung aktiviti memancing.
Mr. Rizal Asidi selamat menjalani prosedur perubatan jantung dan sekarang beliau telah sihat. Insyallah jika diizinkan Allah beliau akan menyambung aktiviti memancing.
Halim TNB Alor Setar |
Bard..... Ibu Kerisi & Kerapu ummphhh |
TEKONG KO JIN SING
Boleh Framekan Bard oiii Gambar ini. |
Hasil Jualan sebahagian Ikan ......... |
1st Time Mr. Rizal Jual Ikan ...... 6 bulan lagi kita jual lagi nuuu |
Sebahagian Ikan Yang Dijual..... |
Yu Mr. Rizal ..... Berpuluh Ringgit Juga Dapat... |
Nasib Baik Ada 2 Banglaaaaa....ni.... |
Ikan 1 Tuan Sedang Dipunggah Untuk Dijual.... |
SIFU Alor Setar .... Aimmy KPTM |
Cari Upah Untuk Trip Akan Datang .... P. Jarak |
Hasil Jualan 2 Ekor Boron... |
MOST VALUE PICTURE - Bard.
lumayan tu hasil...tahniah geng ASIA Team!
BalasPadamTuan Tanah: Alhamdullilah, sehingga kini Rezeki Illahi masih murah kepada kami. Cuma yg ralat tu bila rezeki dtng serentak maka x sempat dirakamkan gambar. Kalut habis masa tu. . .
BalasPadamBest trip Penang ni...ikan macam2 ada..!!
BalasPadamDidoakan keselamatan n kesihatan Mr. Rizal Asidi..
Semoga cepat sembuh n kembali sihat seperti sediakala..
Bard: tambah sikit nooo! !, ikan mcm2 ada dan banyak pulak tu. . !!!! Insyallah Mr. Rizal akan cpt sembuh kerana dia masih muda dan juga dia ni jenis fighter. . . .
BalasPadamAwat gambaq aku tak kluaq..?? hehehe...
BalasPadamKalau keluaq orang pakat tarik le. . . Tu yg 3 kepinmbr aku lakg tu gmbr Gengis Khan ke? Lain kali hngpa kena snap gmbr aku lak!!!!!!
BalasPadamBukan gambaq tu..tepi profil ni..hehehe..nak boh gambaq yg most value tu ler...
BalasPadamBard: itu hng kena set sendiri. Mcm mula hng buat dulu. Dr Shafiee fuuuuhhh nak booking Adang 3 tahun tu. DO kata x mau pi dah pasal x dpt ikan. Tapi aku rasa pasal di tu kalut kot mancing. Dia kata dia ada geng ramai geng lain kalo nak pi mancing. . . . .
BalasPadamsy nk request entri khas bole ke bang ali? memandangkan ASIA Team ni sungguh berpengalaman dalam dunia memancing ni bole x abg buat satu citer pasal pengalaman mcm mana boleh terjebak ngan hobi ni.. macam mana geng ASIA Team ni boleh bergabung, latar belakang masing.. mula2 trip dulu macam mana sampai jadi advance. ada berguru ke.. pastu pengalaman berhari² atas bot macam mana tegar boleh hadap.. apa aktiviti atas bot klu trip yang panjang.. macam mana solat, mandi ke tak mandi ke.. makan macam mana.. dan juga tips² lain yang berguna dan difikirkan sesuai untuk dikongsi kat pemancing² beginner macam saya ni.. tak pon boleh abg ali buat tutorial cara mengikat perambut atau teknik² memancing spesis² tertentu? apa² pon boleh la asalkan boleh menambahkan pengetahuan.. rating blog ni pon boleh naik? boleh ke cadang macam ni? hehe..
BalasPadamCadangan/Request Tuan Tanah cukup menarik dan sangat2 dihargai. Namun setelah diteliti saya rasa cukup berat utk direalisasikan. Banyak tumpuan dan masa yg perlu dikorbankan. Bagaimanapun secara ringkas saya boleh huraikanya disini. Mulanya saya bertemu dgn Pengerusi Ujis sekitar tahun 1992. Kami sama2 tinggal di Ipoh. Mulanya kami mancing sekitar Pulau Sembilan dgn kawan2 lain. Lps itu kawan2 lain sorang demi seorang meninggalkan aktiviti mancing namun kami berdua meneruskanya di Pulau Sembilan dan Pangkor. Ada 2 - 3 org tekong kami gunakan. Selain dari pengalaman mancing sendiri dari tekong2 ini lah kami mendapat ilmu dan panduan mancing. Selepas 20 tahun kami mancing maka ilmu mancing banyak diperolehi tetapi masih banyak yang perlu dipelajari. Group ASIA TEAM berkembang dari hari kehari. Tidak ada pendaftaran dan tidak ada formaliti. Bebas dan sesiapa sahaja boleh menyertainya. Orang baru ke, orang lama ke boleh join. Kekadang dari orang baru ni banyak juga ilmu yang boleh dipelajari. Tiada yang hebat dan otai dalam memancing.
BalasPadamTakdir dan Rezeki adalah dari Illahi. Minta dan berdoalah kepadanya. . . Yang maha esa. Bagaimanapun kita wajiblah menunaikan perintahnya terutama menegakan tiang agama - Sembahyang. Tak kira dimana sahaja kita perlu sembahyang. Tekad mesti kuat. Atas bot atau sampan sembahyang kena dilaksanakan. Mandi manda atas bot tak ada masalah. Macam bot Penang, Pantai Remis bilik air disediakan. Bot Thailand tandas sahaja ada. Untuk mandi kita gunakan timba dan mandi air laut. Selepas itu bilas dengan air tawar yang disediakan. Kebiasaanya saya akan membeli antara 8 - 10 botol besar air tawar tambahan. Cuba rasakan trip panjang sekali. Seronok ramai-ramai atas bot ni. Tak kita sedari hari nak balik dah sampai. Rasa mcm nak sambung sehari dua lagi.
Ok. . . Saya rasa penerangan ringkas ini diharap memadai la nuuu. Nak tahu lebih lanjut jom join sekali. Wassalam dan TQVM.
Aku suka..part yg last tu..nak tahu lebih lanjut..
BalasPadam"JOM JOIN TRIP"..hehehe
TT : Klu nak belajaq ilmu laut n nak mengHANYIRkan diri ni dalam internet je tak memadai..kena turun k laut selalu n bercampur ngan org2 yg dah lama k laut..
PENGALAMAN itu satu PENGAJARAN dan Guru yang paling HEBAT..!! Klu setakat cerita 1001 malam pun tak abis ilmu laut ni..setiap kali turun ade saje ilmu atau pengalaman baru yang ditempuhi..
Tambah plak hidup d tengah laut tu 3-4 hari..macam2 perangai manusia ni kita bleh lihat..yang berkira yang kedekut yang memetingkan diri sendiri yang itu yang ini dan bermacam2 lagi...
Tapi semua tu asam garam orang k laut..belum cerita bab cuaca..tekong..ikan..umpan..perambut..peralatan..perrgghhh..memang BANYAK...woooo..!! hehehe...
Bab SOLAT tu kewajipan setiap orang Islam..JANGAN ditinggalkan walaupun dalam ape keadaan pun..belajarlah..solat Jamak terutamanya..dan sentiasa berINGAT dan berDOA..ketika d laut..!! Macam2 hal bleh terjadi ketika d laut...
So bercampurlah dengan orang yang betul untuk belajar sesuatu ilmu itu...InsyaAllah akan mendatangkan faedah ilmu tu nanti...
Ali nanti aku email gambo2 kat tempat juai ikan plak...hehehe...
Mr. izal jual YU..!!! hahahaha
Bard..... Jika tak bergelumang dengan selut dan lumpur, bukan pesawah, Jika tak bergelumang dengan sekerap apom, bukan penoreh, Jika tak bergelumang dengan tanah, bukan petani DAN Jika tak bergelumang dengan hanyir ikan, BUKAN Pemancing..... Renung-renungkanlah..... Gambar kiriman saudara akan diuploadkan segera. TQVM.
BalasPadamSapa nak jadi 2nd pilot ???. Dapat upah wooooo...
BalasPadamGambo bangla tu yg tak tahan bang ali oiiii...!!! Kenangan mengusik jiwa..!!! Lpas ni ngan sapa la plak aku nak angkat ais...hehehe..oppss..silap..whooo..hohohohoh...mongolia style..!!
BalasPadamBard: kalau sampai serentak. . .Sapa lgi nak buat kerja berat ni. . . Aku le partner hang. Berat whooo pikul ais tu. . . Tengok kaki BANGLA dan bangsal Ah Sing senget. Sapa la ambil gambar ni. Mcm org cacat hng dan rizal. KESIANNNN. Aku dok tunggu Sifu Alor Setar . . Aimmy jadi member blog dan dapatlah kita belajar atau curi ilmu dia. Tngk gmbr dia yg banyak niiii. Come on Sifu Aimmy..
BalasPadamSALAM.... KEPADA PEMANCING-PEMANCING YANG MEMBACA DAN MENGIKUTI BLOG INI SAMADA PEMANCING BARU ATAU YANG PRO, KAMI SENTIASA MENGALU-ALUKAN JIKA SAUDARA-SAUDARA BERHASRAT UNTUK MENGIKUTI TRIP MEMANCING DENGAN ASIA TEAM. HASRAT KAMI UNTUK MENDAPAT KENALAN SERAMAI YANG MUNGKIN DAN DENGAN ITU DAPATLAH KAMI MEMPELAJARI ILMU MEMANCING YANG ADA PADA SAUDARA-SAUDARA DAN BAGITU JUGA SEBALIKNYA. TQVM.... ALI.
BalasPadam