nuffnang

Sabtu, 12 September 2009

Selamat Datang

1 Night Trip Kapal 33.
Lokasi 4 jam perjalanan bot dari jeti LKIM Kuala Sala dengan bot Saudara Usup Jarum Mas. Pemancing 2 orang...ali & mat sayuti. Keadaan bot selesa dengan ruang depan sangat luas, ruang kiri dan kanan bot luas serta kabin boleh tidur 8 orang serentak. Tekong sangat sporting dan dapat terima pandangan pemancing. Sepatutnya kami jelajah 3 tempat..kapal 33, kapal batik dan tukun azizan...namun sauh putus kerana sangkut kapal karam di kapal 33. Trip 9 - 11 Okt kita akan jelajah 3 atau 4 lubuk. Cumit banyak dicandat.

Masa Memancing kami hanya pada waktu malam sahaja. Hasil yang diperolehi bolehlah dikatakan agak memberangsangkan. Pada siang hari jadual kami sepatutnya memancing dekat lubuk Tukun Azizan . Lubuk ini dikatakan mempunyai banyak ikan gerut-gerut dan jenahak jugak makan pada siang hari. Jadi disebabkan sauh yang putus pada malam itu, jadi kami membuat keputusan untuk pulang sahaja






Ini adalah hasil pertama pada malam tersebut. Jenahak seberat 4.3 kg dijeratkan menggunakan sotong pasar.Ia juga merupakan hasil jenahak pertama mat sayuti selama ia memancing...






Ruang dalam bot yang luas dan agak selesa untuk 6-8 orang






Untuk memancing di bahagian hadapan memang luas dan berbumbung







Inilah rupa tekong yang selalu sahaja senyum dan ramah. Beliau dikenali dengan nama Usup Jarum Mas. Tekong boleh dikatakan mudah untuk dibawa berbincang tentang tempat memancing dan kaedahnya.







Namun dalam asyik mengambil gambar orang lain, gambar saya satu pun tak diambil. Pada trip 9 - 11 Oktober saya akan pastikan kesilapan ini tidak diulangi.

2 ulasan:

  1. Salam.. bang.. boleh tak bagi contact no. Pak Usop Jarum Mas ni? Last turun sana dgn Tekong Bang Mat. Masa tu ada gak sembang ngan pak usop ni. Lupa pulak nak mintak nombor dia. Ingat nk turun dgn dia pulak.. bot dia mmg tersangatlah besar nya.. :)

    BalasPadam
  2. Salam...BAD, Bot Besar Pak Usup tu dah ditenggelamkan jadi tukun oleh Jabatan Perikanan. Yang tinggal sekaran hanya bot kecil yang sesuai untuk membawa 4 - 6 orang pemancing. Saya lebih suka keluar memancing dengan bot kecil ni kerana laju. Jika bot besar mengambil masa 4 jam untuk ke kapal karam, bot kecil hanya ambil masa dalam 2 jam sahaja. sebaiknya pergi 4 orang sahaja lebih selesa dan seronok mancing. Ok..no Hp Pak Usop >>> 019-5631510. Sekarang dengar kata tenggiri pun ada masuk. Bolehlah siang casting tenggiri dan malam bottom.

    BalasPadam

Sila Komen Disini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...