nuffnang

Rabu, 28 September 2011

PENANG ..... LUMAYAN..

Macam Pelokon Filem oooiii...

Ekoran hasil tangkapan ikan yang agak lumayan semasa trip memancing perairan Penang pada bulan April/Mei 2011, tempahan bot bagi trip 16 - 18/9/2011 terus dibuat sebelum berangkat pulang. 3 1/2 bulan terpaksa ditunggu sampai ada yang meleleh keluar air laut ikut mulut dah, dek kerana terlalu lama menunggu. Target utama spesis pancingan kami ialah jenahak & kerapu. Spesis lain dianggap bonus. Dua spesis utama ini dijadikan target kerana nilai harganya yang lumayan. Pada trip16/9/2011 ini kami sampai serentak didistinasi walaupun datang dari arah berlainan. 4 orang dari Ipoh, 3 dari Manjung/Tlk. Intan dan saya dari Alor Setar. Kedatangan serentak mengejutkan tekong dan dia kata macam ini ada ong laaaa. Dia tak pernah jumpa pemancing datang serentak walaupun datang arah dan tempat berlainan.
Tambah Imej
Sedang ditangguk.... Gambar bawah setelah dinaikan...

Mr. Rizal.... dah jadi SIFU Ang Choh loooo...

Dr. Anas - Jom laaa ke Adang... & Mr. Rizal ....

Untuk trip sempena bulan Syawal ini saya bekalkan makanan tengahari yang ditempah dari Restoran HJ. Ramli, Simpang Empat, Alor Setar. Gulai Tulang yang dicampur daging cincang 4 kg, Ayam goreng 8 ketul besar dan nasi kandar special Hj. Ramli untuk santapan 8 orang. Kos makanan yang ditempah itu, Hj. Ramli caj saya RM 200.00. Kira macam buat rumah terbuka Hari Raya atas bot lee.... Tapi rasanya uuuummmmpppp.... Semua puas menjamah makanan yang dibawa. Nak order lagi.... kali ini kena kongsi kot.


SMOKING Kills ..... REMPIT killer No. 1 in Malaysia... Ujis & Fauzi DO - sentimental anglers... Tak payah beli, minta kat kawan je....mudah. Lepas sorang, sorang ....... terkena.

Dr. Anas ..... Puashati dapat Jenahak tuuuu.


Rajin nampak .... siang ikan untuk masak kari nooo....

Tangkapan ikan pada trip ini sangat memuaskan. Kami berjaya menaikan 43 ekor jenahak dalam size 3 - 6 kg. 6 ekor kerapu dan berbagai-bagai spesis lain. Bagi bulan Julai 2012 tekong akan menyimpan satu tarikh untuk trip 3 hari 2 malam semasa jadual air yang cantik untuk kami. Katanya pada bulan Julai harga ikan di Penang melambung tinggi. Dapat le cari duit lebih sikit. Setelah diperincikan dan ditimbang, tempahan bot ini akan dilakukan untuk setiap bulan mulai bulan Februari 2012 sehingga Disember 2012. Siapa nak ikut sila maklum segera....


Muka Raja Ang Choh @ Jenahak & HARIMAU CUMIT....pedih hati tengok senyuman dia.


Mencabar ... Orang baru KWSP Ipoh ... gagap dan ketar dia dapat Jenahak ni.

Akhir kata Kurangkan Tidur Dan Lebihkan Memancing Terutama Pada Malam Hari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila Komen Disini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...