nuffnang

Isnin, 13 Jun 2011

BORON, BORON ........ BORON IDAMAN

KERAPU BERSAIZ BESAR atau lebih dikenali sebagai BORON dikalangan kawan-kawan ASIA TEAM adalah spesis idaman setiap pemancing. Apabila sahaja ada dikalangan pemancing dapat menaikan boron yang bersekala 10 kg keatas riuh rendah satu bot. Selepas itu suhu semua pemancing meningkat dan sasaran utama bertukar menjerat boron... Mana tau kot-kot masih ada kawan-kawan dia kat bawah. Umpan yang paling baik untuk menjerat boron adalah sotong kurita hidup, ikan kembung dan cumit mati atau hidup yang besar. Pada setiap trip memancing ada sahaja kawan-kawan yang berjaya menawan spesis ini. Kini tumpuan utama adalah pada saiz yang berjaya didaratkan. Lebih bagak lebih hebat rasanya dan sudah tentu kos trip dapat ditampung....... Itu yang paling penting.

Memandangkan trip memancing hanya akan dilaksanakan pada hujung bulan ini maka saya mengambil kesempatan untuk memaparkan beberapa keping gambar boron yang bagak-bagak yang sempat saya rakamkan semasa mengunjungi akuarium ikan di Phuket, Thailand. Geram rasanya melihatkan boron yang bagak-bagak itu. Adalah diharapkan suhu badan kawan-kawan terutama Fauzi DO, Cikgu Ujis dan pakar boron ... Mr. Bard akan meletus naik apabila melihat gambar-gambar tersebut....... Jom mancing laaaa.......


Kepala Orang Dewasa Boleh Ditelan........

Seekor Sedang Membunting..... Yang Mana Satu Bapanya .... Lebih Besar Dari Badan Saya.

Yang Ini Sedang Membunting..... dekat dah due date...

Anak Saya ... Amirul Isyraf

Muka Wanted .... TB 50,000.00

Sekian, salam untuk semua pengikut & pembaca ...... TQVM

8 ulasan:

  1. Badrol Hasni Abdullah Sani22 Jun 2011 pada 6:30 PTG

    Amboi..dapat gelaran Pakar BORON..!! hahaha... 'Ikan FENZY' TB50k pun ada ikut sama ka..hehehe..
    Tak sabar nak turun mancin ngan hang lagi... BEST..!! Susah nak cari group mancin yg macam group kita ni Ali...BEST senang runding n faham memahami...

    BalasPadam
  2. Ikan Frenzy .... nak test Nissan MPV dia tu. Orang kaya-kaya katakan. TB 50K tu pun pasal hitam. Kalo Benggali putih macam aku mungkin sekali ganda kot. Ingat nak bwa dia cari Benggali kat Chiangmai tapi tak sampai pula. Group asal pun sekarang susah nak grouping sikit. Ada yg boleh pi ada yg tak boleh pi bila ada trip. Tgk le kita buat satu trip nanti.....

    BalasPadam
  3. Badrol Hasni Abdullah Sani26 Jun 2011 pada 10:03 PTG

    Mane ke datang Benggali putih tu Bang Ali oi..!! hahahahaha...pecah perut akuuuuuuuu...!!!!

    InsyaAllah akan ade trip kita bergabung ngan geng2 lama kite jer nanti...

    BalasPadam
  4. macam mana nak kenal kerapu kertang bang?

    BalasPadam
  5. ntah leee....rasanya yang bersaiz bagak tu kertang kot. ramai kata gitu. apa pun bagi saya asalnya kerapu ..... besar sikit boron....besar lagi kertang kot.... jangan boroiiii dahhh... TQVM. hang bila nak jion mancing niii...

    BalasPadam
  6. Bard... benggali putih ada kat Chiang Mai banyak tu.... Hang tanya Pengerusi, dia tahu leee... Penang 16 -19/9/2011 hang jadi ikut pi tak. E mail aku dah majukan.... tapi dia je....

    BalasPadam
  7. cuti bini mengandung la bang.. he3..

    BalasPadam
  8. Bini ngandung tak kan le kamu yg nak muntah kot. Kami bini mengandung dari anak pertama hingga le anak, anak, anak tak pantang pun. Tapi kalo anak sulong elok le rehat dulu ambil hati bini noooo...

    BalasPadam

Sila Komen Disini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...