Setelah lama berhenti
mencoretkan cacatan dalam blog ini maka kini saya akan menyambung
kembali dengan catatan terbaharu berhubung dengan trip memancing di
perairan Pulau Jarak, Perak. Trip ini selamat dilaksanakan pada tanggal 21 -
23 September 2012 bersama rakan-rakan dari Ipoh. Saya dari Alor Setar
dan saudara Suhaimi ( OTAI PERDA ) dari Kepala Batas, Seberang
Prai. 8 pemancing lagi campuran dari Ipoh dan Lekir. Trip yang
dilaksanakan adalah bagi 3 hari 2 malam. Hasil yang didaratkan adalah
memuaskan walaupun dalam keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang ini.
Yang menariknya kerajinan tekong Ah Soon jigging menghasilkan 4 ekor
jenahak berskala berat 3 - 5 kg. Dimuatkan gambar-gambar semasa trip
tersebut........
nuffnang
Khamis, 27 September 2012
Jumaat, 30 Mac 2012
RINDU NOK KIAU TERUBAT JUGA
Trip ini dilaksanakan dengan jayanya pada tarikh 15 - 18 Mac 2012. Hanya didua lokasi kami memancing iaitu di Ko Walan dan Nok Kiau. Hasil yang diperolehi sangat memberangsangkan. Artikel trip ini lambat disiapkan kerana saya menghadapi masalah dengan format baru blog diblog yang saya gunakan. Disajikan gambar-gambar untuk tatapan tuan-tuan ......
Selasa, 14 Februari 2012
BARD & ALI RULES THE TRIP
Tarikh 3 hingga 5 Februari 2012, adalah satu satu tarikh yang telah siap tercatat dalam aktiviti kalender memancing sepanjang tahun 2012. Trip memancing bagi bulan Februari adalah di perairan Pulau Pinang. Dalam tahun 2012 terdapat 14 kali trip memancing yang telah siap diatur dan tempahan bot juga telah dibuat. Ini belum termasuk trip-trip mengejut yang akan disulam kemundian bila sahaja ada kelapangan.
Bagi trip memancing di perairan Pulau Pinang ini ahli yang tutut serta adalah :- Ali, Ujis, Bard, Mr.Rizal, Aimmy, Pak Long Bri, Halim dan Khalid. Bot bergerak pada jam 2.00 petang dan tiba dilokasi pertama memancing pada jam 4.00 petang. Seterusnya kami berpindah randah dari satu lokasi ke satu lokasi sehingga sampai kelokasi terakhir yang terletak 6 jam perjalanan dari jeti bot. Pada setiap lokasi yang disinggah pasti ada sahaja ikan didaratkan tidak kira siang atau pun malam. Bagitu juga semasa perjalanan balik dari lokasi terakhir hinggalah sampai ke jeti bot. Sekiranya kurang produktif disesuatu lokasi Tekong Ah Sing akan segera memindahkan bot kelokasi baru. Rajin tekong ini.
Pelbagai spesih ikan berjaya didaratkan oleh kami sepanjang trip memancing kali ini. Malangnya dalam kesibukan memancing dan mendaratkan ikan banyak aksi yang tidak sempat dirakamkan oleh saya termasuk gambar saya sendiri yang mendaratkan kerapu boron. Rezeki pada trip ini diketegorikan sebagai sangat berjaya. Bagaimanapun saya sajikan tuan-tuan dengan beberapa keping gambar yang sempat saya rakamkan.
Mr. Rizal Asidi selamat menjalani prosedur perubatan jantung dan sekarang beliau telah sihat. Insyallah jika diizinkan Allah beliau akan menyambung aktiviti memancing.
Mr. Rizal Asidi selamat menjalani prosedur perubatan jantung dan sekarang beliau telah sihat. Insyallah jika diizinkan Allah beliau akan menyambung aktiviti memancing.
Halim TNB Alor Setar |
Bard..... Ibu Kerisi & Kerapu ummphhh |
TEKONG KO JIN SING
Boleh Framekan Bard oiii Gambar ini. |
![]() |
Hasil Jualan sebahagian Ikan ......... |
![]() |
1st Time Mr. Rizal Jual Ikan ...... 6 bulan lagi kita jual lagi nuuu |
![]() |
Sebahagian Ikan Yang Dijual..... |
![]() |
Yu Mr. Rizal ..... Berpuluh Ringgit Juga Dapat... |
![]() |
Nasib Baik Ada 2 Banglaaaaa....ni.... |
![]() |
Ikan 1 Tuan Sedang Dipunggah Untuk Dijual.... |
SIFU Alor Setar .... Aimmy KPTM |
![]() |
Cari Upah Untuk Trip Akan Datang .... P. Jarak |
![]() |
Hasil Jualan 2 Ekor Boron... |
MOST VALUE PICTURE - Bard.
Langgan:
Catatan (Atom)