KERAPU BERSAIZ BESAR atau lebih dikenali sebagai BORON dikalangan kawan-kawan ASIA TEAM adalah spesis idaman setiap pemancing. Apabila sahaja ada dikalangan pemancing dapat menaikan boron yang bersekala 10 kg keatas riuh rendah satu bot. Selepas itu suhu semua pemancing meningkat dan sasaran utama bertukar menjerat boron... Mana tau kot-kot masih ada kawan-kawan dia kat bawah. Umpan yang paling baik untuk menjerat boron adalah sotong kurita hidup, ikan kembung dan cumit mati atau hidup yang besar. Pada setiap trip memancing ada sahaja kawan-kawan yang berjaya menawan spesis ini. Kini tumpuan utama adalah pada saiz yang berjaya didaratkan. Lebih bagak lebih hebat rasanya dan sudah tentu kos trip dapat ditampung....... Itu yang paling penting.
Memandangkan trip memancing hanya akan dilaksanakan pada hujung bulan ini maka saya mengambil kesempatan untuk memaparkan beberapa keping gambar boron yang bagak-bagak yang sempat saya rakamkan semasa mengunjungi akuarium ikan di Phuket, Thailand. Geram rasanya melihatkan boron yang bagak-bagak itu. Adalah diharapkan suhu badan kawan-kawan terutama Fauzi DO, Cikgu Ujis dan pakar boron ... Mr. Bard akan meletus naik apabila melihat gambar-gambar tersebut....... Jom mancing laaaa.......



Sekian, salam untuk semua pengikut & pembaca ...... TQVM