Trip terbaharu dari 24 - 27 Disember 2010 diatur sebagai penutup kalender memancing 2010 bagi ASIA TEAM. Tempahan bot Tekong lama kami IMRON DAT dibuat pada bulan September 2010. Sepatutnya seramai 8 orang pemancing mengikuti trip ini tetapi 2 pemancing dari Kuantan dan Kuala Lumpur menarik diri 2 hari sebelum tarikh bergerak dengan alasan masing-masing. Kadang-kadang jemu juga dengan alasan pemancing yang tarik diri pada saat-saat akhir ini. Sepatutnya jika tarik diri pada saat-saat akhir bayaran penuh perlu dibuat. Tapi sifat manusia...siapa yang nak bayar penuh jika tak ikut trip. Cakap mula semasa nak ikut trip berapi-api macam semburan naga sakti. Lepas itu senyap sepi...... Maka tinggalah 6 pemancing meneruskan perjalanan pada 24 Disember 2010 iaitu Saya (ali), Alor Setar, Cikgu Ujis, Cikgu Bard, Fauzi@DO, Cikgu Besar Caom ( Ipoh) dan Mizar (Penang).
Kerana tinggal 6 orang sahaja, maka poket saya terpaksa dikoyakan untuk menampung bebanan 2 pemancing yang tarik diri tersebut. Bagaimana pun alhamdullilah 5 orang pemancing yang ikut sanggup membuat tambahan wang walaupun ada yang merungut. Ingatlah kalau sama-sama nak seronok sama-samalah tanggung. Kalau tak sanggup bantu membantu ikutlah pakej komersial yang ada dengan bayaran RM 570 seorang untuk 8 orang atau RM 450 seorang yang membawa antara 10 - 11 orang pemancing. Pilihan ditangan masing-masing. Dimasa hadapan saya rasa Deposit RM 200.00 perlu dibayar sebaik sahaja tempahan dibuat dan bayaran penuh perlu dijelaskan 2 minggu sebelum tarikh bergerak. Jika gagal ganti sahaja dengan pemancing lain. Deposit rampas...... Berbalik kepada trip pancing.... kami mencari umpan pada 24 Disember malam sampai 6.00 pagi. Selepas itu terus bergerak ke Adang dan pancing apollo untuk mencari lauk untuk makanan tengahari. Cukup sahaja lauk tengahari dikumpul tekong terus menggerakkan bot ke Lubuk Nok Kiau. Bermula jam lebih kurang 7 malam sambaran jenahak bermula...... lepas satu rod, satu rod pula jenahak...... jenahak...... jenahak........ jenahak..... rezeki Allah swt. Hingga kepagi hari masih ... jenahak... jenahak... jenahak dan sekali dua diselangi dengan kerapu. Dalam 1 malam itu sahaja di Nok Kiau kami berjaya mendaratkan lebih kurang 55 ekor jenahak yang benilai ribuan ringgit. Saiznya antara 3 - 6 kg seekor. Sekiranya tangkapan sebagini berterusan saya anggap Kepulauan Adang dan Nok Kiau sudah pulih dari kesan tsunami. Cuma carilah tekong yang betul untuk memancing disana.....insyallah....... saudara-saudara akan memperolehi rezeki......
Gambar mempunyai 1001 cerita. Dari itu saya paparkan gambar-gambar semasa trip memancing itu untuk tatapan saudara-saudara sekelian.... Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan pengikut yang mengikuti blog saya yang tak seberapa ini. Namun saya rasa ia dapatlah sedikit sebanyak menghilangkan rasa gian memancing saudar


Pemancing ASIA TEAM - 6 orang je yg ikut trip ini .......
Kiri ..>> ali, ujis, mizar, fauzi, caom & ba





