nuffnang

Sabtu, 23 Julai 2011

Trip Kecundang Perairan Pulau Jarak

Setelah berihat sebulan dua dari aktiviti memancing kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan dan juga kerana trip percutian keluarga, saya terpanggil ( sebenarnya dah gian tangan tuuu ) dengan ajakan Fadzil Ramli, SIFU dari Tapah (pandai mancing, segak, budi bahasa tinggi, kaya raya lagi tuuuu ....ha...ha...haaaa... itulah ayat-ayat Fadzil Ramli menyakat kawan-kawan atas bot) untuk trip memancing 3 hari 2 malam dari 8 - 10 Julai 2011. Perairan Pulau Jarak menjadi lokasi memancing pada trip ini kerana SIFU hanya tahu Perairan Jarak jeee. Semasa trip ini keadaan cuaca masih tidak berapa sesuai untuk memancing kerana pertembungan angin barat dan selatan. Ini membuatkan posisi kedudukan bot kerap beralih-alih dan lari jauh dari tapak atau lubuk memancing.

Trip anjuran Fadzil ini disertai oleh 11 orang pemancing, Fadzil, Lan, Zul Komando pencen dan seorang lagi dari Tapah..... lupa namanya ( Yop Kabin Kot ), Mr. Rizal - Manjung, Dr. Anas - Tlk Intan, Dr. Shafie - Serdang, Mizar - Penang dan saya - Alor Setar. Dua orang lagi 1 dari Shah Alam ( Biras Fadzil ) dan seorang lagi Pak Haji dari Tlk Intan -Geng Hospital. Keadaan laut yang agak bergelora membuatkan 3 - 4 orang pemancing banyak berihat dalam kabin dengan 2 orang menjadi penunggu tetap. Bagaimanapun semangat memancing mereka tidak pudar. Ok... sahaja mereka keluar mancing sekejap dan lepas itu menuju kekabin pula. Rugi bayar duit kat tauke bot tapi tidur jeeee ..... aku tak nak bawa dah budak-budak niii...... luahan rasa kesal Fadzil Ramli.

Apapun dalam keadaan cuaca yang tidak b
erapa sempurna untuk memancing, trip ini berjaya juga menghasilkan 16 ekor jenahak, seekor boron seberat 8.7 kg, kerapu bersaiz 1 - 2 kg, yu pasir, pari, tamak dan lain-lain spesis. Perbandinganya kami lebih berjaya dari satu lagi bot yang dinaiki oleh kawan-kawan dijeti LKIM, Kg. Aceh. Yang lebih menariknya Saudara Lan berjaya mendaratkan seekor udang kara seberat hampir 1 kg. Artikel trip ini lambat disediakan kerana saya menghadapi masalah berminggu-minggu untuk upload gambar dalam blog.

Trip selepas Ramadhan - Kapal Karam Penang , 16 - 18 September 2011........ sudah siap sedia rasanya semua pemancing trip ini. Selepas solat sunat terawikh sediakanlah perambut banyak-banyak supaya atas bot nanti tak kalut dah. Pemancing yang akan menyertai trip ini ialah - Ali, Pengerusi Ujis, Fauzi DO, Sazli KWSP, Acoi KWSP, Mr. Rizal, Dr. Anas & Dr. Shafie.

SALAM RAMADHAN ALMUBARAK UNTUK SEMUA PEMBACA.
Gambar-gambar trip ini untuk tatapan saudara-saudara semua .....









































































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...