nuffnang

Jumaat, 6 Mei 2011

Trip Penang 29, 30/4 & 1/5

Bot Tekong Ah Sing, Tg. Asam, Teluk Kumbar telah ditempah awal untuk trip ini iaitu pada bulan Disember 2010 lagi. Hanya pada tarikh 29, 39/4 dan 1/5 sahaja yang ada kekosongan. Ini bermakna kami terpaksa menunggu selama 4 bulan untuk keluar memancing dengan bot beliau. Tarikh-tarikh pada bulan Januari - hingga pertengahan April bagi trip hujung minggu semua telah ditempah awal oleh pemancing atau pun penganjur. Mahu tidak mahu maka kami perlu bersabar menunggu.

Pada trip ini pemancing yang turut serta ialah Saya, Cikgu Ujis, Sazali, Acoi, Mr Rizal, Dr Anas, Dr Shafie dan Jo Hulk. Umpan ikan kembong baru sebanyak 15 kg saya beli di Kubang rotan, Kuala Kedah. Dalam perjalanan hujan lebat mulai turun semasa kami berada diatas jambatan Pulau Pinang hinggalah kami sampai di Bayan Lepas barulah hujan reda. Jam 2.00 petang bot mulai bergerak kelubuk pertama dan seterusnya untuk 3 hari 2 malan kami menerokai dari satu lubuk kesatu lubuk termasuklah karang-karang dan kapal karam. Yang mendukacitakan sedikit adalah kerana tidak banyak cumit/sotong hidup yang berjaya dicandat. Saya hanya berjaya mencandat 2 ekor sotong sahaja dan berjaya menaikan 2 ekor ikan jenahak. Sekiranya banyak sotong hidup yang berjaya dicandat saya yakin banyak jenahak yang akan berjaya dinaikan. Tetapi nasib badan, kerana pada trip ini sotong hidup tidak banyak didapati.

Bagaimanapun berbekalkan kembong baru kami berjaya juga memperolehi tangkapan yang memuaskan. Spesis yang berjaya didaratkan adalah jenahak, kerapu, tetambak, siakap tengar, haruan tasik, ebek dan nyiok-nyiok. Ikan kerapu terbesar seberat 10kg didaratkan oleh Cikgu Ujis. Disajikan gambar-gambar yang sempat dirakamkan pada trip ini.

Ujis & Mr.Rizal...apa yang disembang agaknya...

Dr. Shafei...nak jadi kapten kot....

Sazali & Acoi KWSP Ipoh

Dr. Anas ..... Tak puas-puas mancing

Cikgu Ujis @ Pengerusi .... dah setahun tak dapat boron... 10kg tu...

Mr. Rizal....rajin yop ni....

Saya 1 dari 3 kerapu yang dapat...Yang ini Rm 120.00

Sazali.... sedap berangan tu yop...

Jo Ark...lain padang lain belalang pak long oiii....

Ada cumit.... grenti jenahak...


Berani menduga selat melaka lagi ke.......


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...