nuffnang

Khamis, 7 April 2011

Rakan - Pengusaha Kedai Pancing

Memandangkan tiada aktiviti memancing buat masa ini kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan maka saya mengubah artikel berkenaan memancing kepada yang berkaitan juga dengan aktiviti memancing iaitu Rakan Pengusaha Kedai Pancing.

Kedai pancing yang saya perkenalkan adalah terletak di Bandaraya Alor Setar yang mana menjadi tumpuan pemancing disekitar Bandaraya ini. Kedai Pancing tersebut adalah dan terletak di :- WENG CHUAN TACKLES SPORT, NO. 16, JALAN SUNGAI KOROK, KOMPLEKS SUKAN HIJAU KUNING, 05400, ALOR SETAR, KEDAH. Tel/Fax : 04 - 7712828 / 016-2269828. Perniagaan dijalankan oleh Saudara Ah Siong. Harga yang ditawarkan sangat berpatutan dan pada pandangan saya yang telah lama berurusan dengan beliau harga barangan memancing dikedai beliau lebih murah dari kedai lain disekitar Alor Setar.

Barangan memancing yang dijual dikedai beliau adalah dari kategori yang berjenama hingga kekategori biasa. Selain dari itu kedai beliau telah dilantik sebagai service centre bagi jenama SHIMANO. Pemancing yang menggunakan peralatan jenama itu bolehlah menghantar kekili untuk dibaiki atau diservice oleh beliau. Dipaparkan gambar-gambar kedai dan peralatan dalam kedai beliau.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...