nuffnang

Jumaat, 25 Februari 2011

MENCANDAT - MENJALA SOTONG / CUMIT DI KUALA SALA. KEDAH.

Setelah banyak menceritakan kisah memancing ikan, kali ini saya ingin beralih topik pula iaitu kepada topik mencandat - menjala sotong/cumit. Bila sahaja kita memperkatakan berkenaan aktiviti mencandat sotong maka secara otomatik fikiran/ingatan kita akan fokus Trengganu ataupun Kelantan. Memang aktiviti ini agak sinonim dengan kedua-dua negeri tersebut. Tetapi kali ini saya ingin memaklumkan tapak mencandat sotong yang baru iaitu di Negeri Kedah. Aktiviti mencandat sotong telah mula menjadi satu aktiviti baru di Kedah semasa musim angin timur sekarang ini. Mungkin tidak ramai yang mengetahui akan perkara ini kerana ia baru bermula dalam tempoh 2 minggu lalu. Mencandat sotong diselangselikan dengan aktiviti menjala sotong oleh nelayan disini.

Khamis - 24/2/2011 tekong saya iaitu Pak Usop Jarum Mas yang
tinggal di Kuala Sala, Kedah telah memaklumkan kepada saya yang beliau sekarang menjala sotong di kawasan perairan Kuala Sala..... betul ke?. Setahu saya tak pernah saya dengar aktiviti menjala atau mencandat sotong di Kuala Sala. Ok....saya maklum kepada beliau petang nanti saya ke Kuala Sala untuk ikut beliau menjala sotong. Beliau berpesan supaya saya membawa peralatan mencandat sotong. Lepas sembahyang maghrib Pak Usop, saya dan anak beliau Zambri terus menaiki bot fiber kepunyaan beliau dan menuju kelokasi mencandat. Kami sampai dilokasi yang terletak lebih kurang 10 minit dari jeti Kuala Sala pada jam 8.00 malam. Genarator yang menjana lampu spotlight 1000 watt dihidupkan dan tidak sampai 2 minit setelah genarator dihidupkan sudah nampak kelibat sotong didalam air. Kami bertiga mencandat dahulu sebelum aktiviti menjala dilakukan.

Setiap 1 atau 2 jam masa mencandat ia diselangselikan dengan aktiviti menjala sotong. Setiap kali menjala hasil yang diperolehi adalah dalam 50 - 120 ekor sotong. Dari jam 8.00 malam hingga 7.00 pagi saya mendapat 7 kg sotong secara mencandat dan Pak Usop mendapat 70 kg secara menjala. Cukup lumayan pendapatan mereka. 70 kg sotong yang dijala mendatangkan hasil dalam Rm 700.00 untuk semalam kepada mereka. Jam 7.30 pagi kami bergerak balik ke jeti Kuala Sala. Untuk pengetahuan pembaca cara menangkap sotong sepertimana yang dipraktikan oleh tekong bot memancing di Pak Bara, Thailand tidak dibenarkan diperairan kita. Sebab itulah nelayan disini menggunakan cara menjala.

Bagaimanapun musim sotong ini dikatakan akan tamat selepas musin angin timur berakhir. Ini bermakna tinggal dalam 2 bulan sahaja lagi untuk menjala/mencandat sotong. Kepada pemancing yang nak merasakan aktiviti mencandat sotong bolehlah berhubung dengan Pak Usop Jarum Mas. No. HP beliau boleh diperolehi dari artikel saya berkenaan beliau dalam blog. Berikut saya paparkan beberapa keping gambar bagi tatapan saudara pembaca.


Saya dengan hasil candat.

Keselurohan hasil yang saya perolehi.

Zambri UJM

Hasil menjala kali pertama.

Pak Usop UJM dan anaknya Zambri.

Lumayan....


Umpan untuk jenahak ...bagaimana ?

Dah ngantuk dah....

Ahad, 6 Februari 2011

RAKAN - PENGUSAHA JORAN

Syed Malik - Wajah Matang Dimamah Usia...... pengalaman banyak tuuuu.

Seringkali apabila kita hendak membeli joran / batang pancing kita akan kekedai menjual peralatan memancing untuk membelinya. Sebabnya, kerana memang ada joran yang dijual dikedai pancing. Namun selain dikedai pancing kita juga boleh membeli joran buatan tangan berkualiti tinggi yang dibuat oleh rakan-rakan pemancing yang berkemahiran tinggi dan berpengalaman. Bagaimanapun jumlah rakan-rakan yang mengusahakan pembuatan joran ini sangat kecil dan tidak dihebahkan kepada pemancing-pemancing. Untuk topik kali ini saya ingin mengutarakan dan memperkenalkan seorang kenalan yang mengusahakan pembuatan joran yang telah saya kenali dari zaman persekolahan lagi. Beliau telah memulakan perusahaan membuat joran sejak 20 tahun lalu. Kebanyakan joran buatanya ditempah dikalangan pemancing dari Kuala Lumpur, Johor Baharu dan Singapura selain dari rakan-rakan pemancing tempatan dari Kedah.

Tempahan joran boleh dibuat mengikut selera dan kehendak pemancing dengan mendapat pandangan daripada beliau. Kos joran bergantung kepada kualiti bahan yang digunakan seperti blank, guide, corak dan sebagainya.. Sekiranya menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi maka tinggilah harganya dan begitulah sebaliknya. Bagaimanapun harga joran buatan beliau sangat berpatutan, berkualiti serta mengikut corak dan warna yang dikehendaki pemancing. Bagi pemancing yang menggunakan joran 18 kaki yang mempunyai 4 sambungan, atau joran lain yang mempunyai 2 sambungan sekiranya sambungan joran bahagian hadapan patah dan sukar mendapat gantian saya syurkan tempahlah bahagian tersebut dari beliau. Saya sendiri sekarang menggunakan bahagian hadapan joran 18 kaki yang dibuat oleh beliau. Beliau membuat joran untuk popping, jigging, casting dan juga bottom. Dibawah ini saya catatkan butiran rakan saya itu dan juga beberapa keping gambar yang berkaitan. Kepada rakan-rakan pemancing yang berminat hubungilah beliau untuk sebarang pertanyaan dan juga tempahan. Semoga kita dapat membantu pengusaha joran bumiputra yang juga seorang pemancing tegar bagi mengembangkan perusahaan yang dijalankan. Sebagai pemancing beliau lebih mengetahui kehendak seorang pemancing dan sama-samalah kita memanfaatkan ilmu yang beliau ada .........

Beliau adalah .... SYED MALIK SIFULIZAN BIN SYED NOH SHAHABUDIN. Alamat : 311, Kampong Baru, Bakar Arang, 08000, Sungai Petani, KEDAH. No. Talipon : 012 - 4200454.
Anak Syed Malik juga berkebolehan membuat batang joran. Bapa borek, anak rintik.....

Antara deretan joran-joran yang ditempah pelanggan.
Cara betul untuk menguji joran...tarik kebawah dan bukan tolak kedalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...