nuffnang

Rabu, 20 Oktober 2010

TRIP PENANG 8 - 10 OKTOBER 2010

Sudah hampir 20 tahun saya tidak memancing di Perairan Pulau Pinang. Kali terakhir saya memancing disana adalah dalam tahun 1995 atau 1996. Kadar sewa bot untuk trip satu malam pada masa itu hanyalah Rm 250.00 sahaja. Pada masa itu kami tidak perlu menjelajah jauh mencari lubuk-lubuk ikan untuk memancing. Cukup setakat ' Russian Wreck' sahaja. Trip 1 malam di 'Russian Wreck' pada masa itu sudah memadai dan membuahkan hasil yang lumayan. Biasanya kami akan turun memancing pada jam 5.00 petang dan besoknya jam 8.00 pagi sudah bergerak balik. Umpan yang digunakan hanyalah semata-mata ikan kembong. Jenahak dan Gerut-gerut bersaiz 4 kg keatas adalah tangkapan biasa pada masa itu.

Memandangkan sudah lama tidak memancing disana dan juga kerana ayat-ayat beracun Fauzi @ DO maka saya dan Ujis @ Pengerusi bersetuju mengikuti satu trip yang dianjurkan oleh Mr. Panjang, tuan punya kedai pancing di Fahlim, Ipoh. Trip dilaksanakan dari 8 - 10 Oktober 2010. Fauzi memaklumkan 8 pemancing akan turut serta pada trip ini. Namun bila sampai di Teluk Kumbar saya dapati ada 9 pemancing. Bagaimanapun tidak ada masalah kerana Panjang mengatur kedudukan atas bot dengan baik. Namun untuk berlaku lebih adil dan menyeronokan suasana memancing sepatutnya 7 tempat memancing atas bot diundi. Satu tempat untuk penganjur dikecualikan dari diundi kerana beliau dibolehkan memilih tempat mana yang beliau kehendaki.

Bagi trip ini Penganjur menggunakan bot dan tekong Ah Seng, Tanjung Asam, Teluk Kumbar dengan Ah Soon sebagai awak-awaknya. Saya dan Ujis telah mengenali Ah Soon 20 tahun dahulu sewaktu beliau menjadi awak-awak kepada bot Ah Leng. Kami tidak lagi mengenali beliau, namun beliau dapat mengecam saya dan Ujis. Apa lagi...banyak cerita lama dan kenangan lalu yang dibualkan antara beliau dengan kami berdua.
Tekong Ah Seng menggunakan strategi merantau dari satu lubuk ke satu lubuk yang lain untuk memancing. Namun saya dapati setiap lubuk yang disinggah beliau pasti ada hasilnya. Saya mengkagumi beliau kerana bagitu cekap 'parking bot'. Sekali parking terus tepat atas lubuk. Ini dapat menjimatkan masa pemancing yang sudah tidak sabar untuk memancing. Apabila tiada sambaran ikan maka tekong akan mengubah bot kelokasi yang lain tanpa perlu dimaklumkan oleh pemancing maupun penganjur. Seperkara lagi beliau dan awak-awaknya tidak langsung menyibuk untuk memancing tetapi memberikan ruang sepenuhnya untuk pemancing memancing. Semua pemancing yang mengikuti trip ini berjaya mendapat ikan. Maka tiada istilah kumpau bagi trip ini dan juga bagi setiap pemancing. Hanya banyak atau sedikit sahaja. ikan yang dapat dinaikan. Pada pandangan saya, khidmat tekong ini boleh digunakan pada masa hadapan.

Dipaparkan gambar-gambar yang sempat dirakamkan semasa trip ini.....


























































































































































































































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...